Sejarah wang kertas Malaysia


Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometriSempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan “SA-PULOH” ditukarkan kepada “SE-PULUH” pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.

Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.

Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.

Saudagarhpa.com- Perniagaan itu sunnah

2 responses to this post.

  1. Posted by serimalam on 18/10/2009 at 12:20 pm

    koleksi wang peringatan malaysia http://serimalam.wordpress.com/

    Reply

  2. Posted by nizam on 31/10/2010 at 11:30 am

    mohon diletakkan di Blog saya tuan]

    Terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.