Archive for June 3rd, 2009

budak-budak sekarang dan masa lapang

aku kesian tengok bebudak sekarang nie…

entah sapa la yang bawak budaya macam nie….

takde ruang bebudak tu nak enjoy hidop bebudak…

pagi ke sekolah, tghari sambong tuisyen.. kemdian kelas agama…

malam wat revision… peh.. memang kesian la…

udahla bawak buku pon dah berkilo2 sehari.. bahu dah sendeng sbelah…

aku tengok kalau bebudak tu tak dapat A dalam pelajaran.. seolah2 budak tu dah takde masa depan…

salah tanggapan mcm tu… kena seimbang sebenarnya…

bukan saja bebudak yang kena bahana.. cekgu ngajar pun kena juga…

sebab nak kekalkan semua A.. banyak perkara penting kena letak tepi….

Semua nie.. bergantung kepada halatuju negara… disebabkan negara kita nak setaraf ngan negara2 maju jadinya, bebudak kita terpaksa juga berkorban masa dan pengalaman hidup….

Secara peribadi.. aku rasa dalam 10/15 tahun.. nak dapat kerja kerajaan.. memang payah….

ruang berkhidmat bersama kerajaan semakin sempit dan kecil…

Aku dapat rasakan… bidang pertanian akan menyumbangkan sumber pendapatan yang paling baik…

dan bidang repair merepair samada otomotif ataupun repair2 manusia…

sebabnya…

1. manusia kena makan

2. makan terlebih2… sakit…

3. manusia bergerak… kenderaan rosak…

jadinya… sekarang ni kita kena chanel baik2. apa kekuatan yang ada pada anak kita…. dan kita beri galakan….

Ops, tak lupa juga…. Insuran dah semacam benda yang wajib….. Kita yang kerja kerajaan ni pon nak kena ambek Insuran..padahal… sepatutnya takyah… sebab Majikan kita la kena tanggung kos perubatan kita….

Haih……



cuti yang belum lagi cuti sebenarnya….

ikutkan dah 3 hari cuti sekolah setat…

aku masih lagi kat tapah…. jadi suri rumah sepenoh masa….

dan bagai nak pitam param… astro bukan di bawah bidang kuasa aku…

anak aku tak abih2 ngan kartun memanjang…

aku pon dah naik hapal lagu2 backyardigans..ben 10..teen titans.. miki maus… animal mechanicals.. dan belambak lagi..

patotla orang kata.. tahanan ISA kena cuciotak cam ni la lebih kurang.. benda berulang2 kena lalui..

tapi dikesempatan cecuti nie.. baru aku sempat ngantor kete/moto ke tempat mandi kete…

kriss motorcycle early morning bath

kancil

proton iswara

susah gak dudok kat rumah gomen nie… nak guna paip.. kepala paip pon tak mandang….
terlobih guna.. bising lak nanti… so, antor le kat bangla BP…. tempat pon redup jea……