Skpz pengakap kanak-kanak perkhemahan keris gangsa


Pada minggu lepas, skpz telah menghantar beberapa orang murid tahun 4 dan 5 untuk menyertai perkhemahan keris gangsa. 2 orang pemimpin sekolah, sir ibrahim dan sir hasril telah diberi penghormatan untuk menjadi guru pengiring sekolah. Tahniah kepada mereka berdua yang telah menunjukkan komitmen serta komited terhadap sesi perkhemahan tersebut. Kali ini, kawasan tapak perkhemahan di kuala woh, tapah menjadi pilihan. Tempat ini sangat sesuai kerana semuanya ada! Pengalaman perkhemahan serta kemudahan-kemudahan asas disediakan,murid2 seolah-olah berada di rumah sendiri! Tidak dinafikan, pertubuhan pengakap daerah batang padang adalah aktif.. Tahniah kepada semua yang terlibat. Skpz dan pengakap, memang tidak boleh dipisahkan..
Tiap tahun, permohonan untuk menyertai pengakap sekolah semakin bertambah. Saringan terpaksa dilakukan demi untuk menjaga hati pergerakan persatuan yang lain. Ya, agak susah juga untuk membuat pilihan..tapi akhirnya yang terbaik sahaja yang berjaya. Menurut perancangan, tahun 2010.. Murid perempuan akan diterima masuk menyertai pengakap sekolah. Ini adalah rentetan daripada minat seorang guru wanita (dirahsiakan) untuk menerajui pengakap nanti. Usul ini akan dipanjangkan kepada pihak pentadbir berwajib setelah ketua pemimpin (sir dapi) tamat berkursus 14 minggu. *t.kasih kepada sir hasril atas gambar2 yg dibluetoothkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s