Archive for July, 2009

malam jumaat yang adakalanya takda apa2..

oleh kerana memalam jemaat nie tak apa2 aktiviti…..

apa kata kita baca kiriman email di forwardkan oleh sir rashid kepada aku….

Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya. Firman ALLAH s.w.t :-

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :-

Ini mungkin di sebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan Pertama : Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan Kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan Ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan Keempat : Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan Kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan Keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :-

7. Kesilapan Ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan Kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan pelekeh.

9. Kesilapan Kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan Kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan Kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan Keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan Ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok syahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan Keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samda dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan Kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

aku kena pebetoikan kesilapan nombor 7…… kena kurangkan seksi ckit….

admin blog mengalu2kan kiriman email yang bermanafaat dari semua.

aku hadiahkan gambar kotak tisu ni kepada mereka yang telah menyumbang email yang baik2 saja….
bed


Ladap

Skpz telah menjalankan beberapa program yang sangat menarik pada hari sabtu yang lepas, 25/7/09 sempena hari profesional wajibhadir di sekolah.

Antara program2 yang dijalankan adalah seperti perbentangan kajian tindakan dan juga program pemurnian pusat sumber sekolah (kolobrasi bersama Panitia Kemahiran Hidup)

mereka yang hadir pada sabtu hari tu,rata2nya berasa sangat gembira… Ini adalah sedikit sebanyak pandangan yang telah dapat admin kumpulkan.

“sangat menarik dan bermanafaat”
“kini saya sudah boleh memaku”
“sedap nasi lemak makwan”
“kenapa tak berkilat?”

jelas pada pandangan mata admin blog… Kemesraan diantara warga skpz sukar untuk dilihat di tempat lain memandangkan bebanan kerja dewasa ini semakin menggunung… Namun begitu.. Pada hari tersebut… Kepuasaan dan peluh2 yang mencurah tidak menghalang mereka tersenyum dan sekali sekala terdengar gelak tawa riang…

Guru perempuan membuat pelbagai aktiviti seperti dalam gambar…. Mereka kelihatan sangat ceria dan berwarna warni.

Manakala guru2 lelaki pula membuat papan rehal bagi kegunaan murid2…. Sungguh hebat!

Admin blog mengucapkan tahniah kepada semua guru2 skpz… Dari peringkat tertinggi sampailah ke peringkat skitel….. Dan pada kemungkinan yang akan datang… Aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi…

Yang benar…
Kulop ludin

emak

my grandma

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku……mak

Bila lapar, yang suapkan aku...mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…..mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku…..mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak

Aku selalu teringatkan ….mak

Bila sedih, aku mesti talipon….mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil…. “mmaaakkkk! “

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…..mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku…mak

Yang selalu puji aku….mak

Yang selalu nasihat aku….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari…….pasanganku

Bila sedih, aku cari……mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat….emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”…

Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada………..

MAKKKKK…RINDU MAK….. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……


tkasih kancilbiru carigold.com

Kementerian Pelajaran akan mengedarkan alat mencegah jangkitan virus Influenza A (H1N1)

JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran akan mengedarkan alat mencegah jangkitan virus Influenza A (H1N1) ke semua sekolah, membabitkan peruntukan RM3.6 juta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) bagi mengedarkan termometer, topeng muka dan hidung serta cecair penyahkuman.

“Ini langkah terbaik dalam usaha kementerian mencegah H1N1. Pemakaian topeng muka dan hidung serta bahan penyahkuman juga merupakan sebahagian latihan kebersihan di kalangan murid,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat perkembangan H1N1, di Jabatan Pelajaran Johor, di sini, hari ini.

Wee berkata Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran sudah meluluskan peruntukan terbabit dan semua Jabatan Pelajaran Negeri dijangka menerima peralatan itu dalam masa terdekat untuk diedar ke sekolah-sekolah.

sumber: blog skdk

10 sen congkak



10 cents congkak, originally uploaded by Kulop Ludin.

tak ramai perasan yang duit 10 sen sebenarnya ada rahsia tersembunyi…. kita cuma memandang gitu2 jea.. sebenarnya.. dalam lubang congkak tu ada buahnya sekali… halus betul rekaan 10 sen….

thanks to sir dapi..

skpz perhimpunan pagi dan teknik menjawab sains upsr

perhimpunan rasmi pertama oleh Guru Besar Puan Hajjah Norbiaah Sulaiman
dan

skpz teknik menjawab sains upsr

Taklimat Menjawab UPSR Sains Secara Tepat dan Berkesan oleh Tuan Haji Abidin.

picture of the month

gambor bunga raya aku telah dipilih sebagai picture of the month.

agaknya orang putih gemor bunga raya kot…..

gambar seperti di bawah…..

hibiscus gambar ni aku snapĀ  masa tengah nunggu orang umah balik keje……bukan dapat hadiah apa2…. tapinya, ada beribu gambor bunga raya satu dunia hantar, tapi dema pilih gambor aku…. huhu…. kena belajor banyak lagi pasal potogerapi!!

ini dia link ke group flickr! tengok sini!!