emak


my grandma

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku……mak

Bila lapar, yang suapkan aku...mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…..mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku…..mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak

Aku selalu teringatkan ….mak

Bila sedih, aku mesti talipon….mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil…. “mmaaakkkk! “

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…..mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku…mak

Yang selalu puji aku….mak

Yang selalu nasihat aku….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari…….pasanganku

Bila sedih, aku cari……mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat….emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”…

Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada………..

MAKKKKK…RINDU MAK….. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……


tkasih kancilbiru carigold.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s