Kementerian Pelajaran akan mengedarkan alat mencegah jangkitan virus Influenza A (H1N1)


JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran akan mengedarkan alat mencegah jangkitan virus Influenza A (H1N1) ke semua sekolah, membabitkan peruntukan RM3.6 juta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) bagi mengedarkan termometer, topeng muka dan hidung serta cecair penyahkuman.

“Ini langkah terbaik dalam usaha kementerian mencegah H1N1. Pemakaian topeng muka dan hidung serta bahan penyahkuman juga merupakan sebahagian latihan kebersihan di kalangan murid,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat perkembangan H1N1, di Jabatan Pelajaran Johor, di sini, hari ini.

Wee berkata Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran sudah meluluskan peruntukan terbabit dan semua Jabatan Pelajaran Negeri dijangka menerima peralatan itu dalam masa terdekat untuk diedar ke sekolah-sekolah.

sumber: blog skdk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s