Archive for August, 2009

doktor mangsa pertama H1N1

KUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Seremban (SSH) sejak 21 hari lalu, meninggal dunia awal pagi semalam, dipercayai akibat dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

Dr Noorfiza Isa, 43, yang bertugas di hospital itu sejak lima tahun lalu, sebelum itu dikatakan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 pagi semalam dan dikatakan doktor pertama di negara ini yang meninggal dunia akibat penyakit berkenaan.

Menurut sumber, Allahyarham bertugas di Unit Kecemasan dan mengalami tanda penyakit berbahaya itu pada 6 Ogos lalu dan dimasukkan ke wad tetapi dibenarkan keluar sehari selepas itu.

full artikel di sini

ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat….. H1n1 nie tak kira sapa saje…..

Top 10 Digital SLR Cameras

Top 10 Digital SLR Cameras

Single-lens reflex cameras offer powerful features and the flexibility of interchangeable lenses, so you can shoot like the pros. Ratings and rankings can change due to pricing and technology changes, so check back frequently for the latest info.

The complete story can be found here:
http://www.pcworld.com/article/id,123929/article.html

We hope you will find this story interesting and informative. PC World, an IDG publication, has been providing independent, unbiased, reviews, news, and information about technology since 1983.

deeply thought from maybank

deeply thought from maybank, originally uploaded by Kulop Ludin.

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52, negaraku Malaysia..

tanpamu..oh,siapalah aku….

from
kulop ludin
kulop ludin

eksiden di tapah



accident in tapah p1, originally uploaded by Kulop Ludin.

petang tadi dalam jam 4… telah berlaku satu eksiden tapi idak la hebat macam yang berlaku di area lembah beringin smalam… namun begitu kenderaan yang terlibat, kira hebat gak la…

sebuah treler dan dua bijik kereta… sebuah proton dan sebuah lagi toyota vios….

accident in tapah p3
mujorla impak tak kuat…. selamatla penumpang2 proton tuh… syukur… bayangkan la kalau trailer hentak dari belakang… peh… takleh bayang….

accident in tapah
di sebabkan treler tu tu cuba mengelak.. makanya, treler yang besar itu telah menguris2(sastera ckit) bahagian tepi kete vios…
tapi sayangnya.. gambar kete tu tak dapat diambil sebabnya, tuan kete dah ke balai polis wat laporan…..

accident in tapah p2
apapun yang penting, semuanya selamat….. mungkin le trauma ckit…. aku penah gak merasa camtu… masa aku balik dari kursus langkawi 2 tahun lepas….. tempatnya… di tol jelapang…. macam yang biasa kita dengar… bas brek tak makan… so aku duduk 2 barisan terakhir dari belakang… masapemandu bas nak bayar tol.. tetiba aku terasa satu hentakan kuat dari belakang… rupa2nya ada sebuah bas telah melanggar bas yang aku naik…. peh…. mujor gak aku tak apa2…. cuma kaca2 berterabur ateh kepala…

gambarnya nanti aku uploadkan kalau masih2 aku jumpa… rasanya ada tuh… kena cari jea…

from
kulop ludin
kulop ludin

Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, meninggal dunia.

SINGAPURA: Pakar ekonomi, Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini, kata isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab.

Hasnah yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya.

“Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk,” kata Hasnah kepada Bernama semasa ditemui di Masjid Ba’alwie di Jalan Lewis di sini sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan.

Hasnah berkata, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi.

Menurutnya, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.

Mereka bertolak dua hari lalu (25 Ogos) dan pulang malam keesokannya (26 Ogos) dan dijadual tiba di Singapura pada 3.45 pagi ini.

Sebaik tiba di sini, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah Ismail kemudian dibawa ke Masjid Ba’alwie untuk dimandi dan dikafankan.

Kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Datuk Ahmad Anuar Adnan membantu menguruskan jenazah Ismail.

Jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh Imam Hasan Al-Attas bersama pegawai kedutaan dan jemaah masjid.

Jenazah kemudian dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang.

Hasnah berkata, jenazah suaminya akan dibawa ke rumah mereka di No.7140, Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2, Kajang.

Beliau berkahwin dengan Ismail selama 27 tahun dan pasangan itu dikurniakan enam anak.

Beliau terkilan kerana arwah suaminya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pertama anak mereka pada hujung tahun ini.

“Suami saya beria-ia sangat hendak menghadiri perkahwinan pertama anak kami,” kata Hasnah sambil menambah tiga anaknya masih bujang dan tiga lagi masih bersekolah.

Ismail mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya dan cacat penglihatan di Malaysia.

Allahyarham juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Allahyarham Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September, 1947, dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya termasuk anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Sementara itu di KAJANG, abang Allahyarham, Zakaria Salleh, 64, berkata jenazah adiknya dijangka tiba kira-kira jam 6.30 petang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan.

Katanya, adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum berlepas ke Beijing.

Bagaimanapun, Isnin lalu, Ismail yang menghadapi masalah buah pinggang, telah menjalani rawatan dialisis di Kuala Lumpur.

Zakaria bertindak sebagai “mata”, penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepada Ismail sejak kecil. “Saya telah berjanji dengan arwah mak saya, saya akan jaga dia selama-lamanya,” katanya. – Bernama

sumber bharian

semoga rohnya dicucuri rahmat.

check halal products

Halal has become the buzz word with regards to food, although its relevancy in fact extends to non-food areas such as personal care & cosmetics products, pharmaceuticals, other consumer goods, finance and services. Halalan Toyibban simply means permissible and wholesome, and this concept is founded on Syariah laws. Toyibban denotes food that is safe, clean, nutritious and of good quality. The general principle concerning food according to Islamic teachings is that everything is halal except impurities, and that which is harmful and intoxicating. That which is classified as non-halal or ‘haram’ is forbidden and prohibited for Muslims. Any food or drink which lies within the grey area between halal and haram is classified as ‘Syubhah’, and Muslims should avoid consuming Syubhah food or drinks until the status of the food or drink becomes clear.

if you wish to check the halal products, just follow the link,

here

cara tradisional untuk elak h1n1

Dulu semalam aku sembang2 ngan kawan lama… topik kami lebih banyak berkisar kepada selsema khinzir nie…. macam2 cerita yang di kongsi bersama….

Rata2 cerita yang dikongsi adalah bersifat spam semata…. takde yang betul sangat….. Tapi kawan berkongsi rahsia bagaimana caranya nak elak virus h1n1 daripada tersedut oleh kita secara tradisional….. Katanya, kita sebenarnya telah dilengkapi sistem penapisan virus cumanya..kita tak tau nak memanipulasikan kaedahnya dengan betul…


Aku tergamam jap sebabnya tak sangka hebatnya kata2 kawan lama aku tuh…. Aku berfokus ke arah info yang terbaru nie…. Kawan aku teruskan lagi…. rahsianya adalah…. bulu hidung…. biorkan panjang2 jadinya virus tu tak dapat nak masuk ke dalam badan kita….. Hampeh!! aku tanya lagi… masuk ikot mulut boleh jugakkan? Jawabnya…tu satu lagi… kaedah pernafasan yang betul… sedut oksigen ikot hidong…hembus karbon ikot mulot!! Em skali lagi aku ternganga…. betul jugak yea…. Kawan aku beria2 bercerita pasal bulu hidung yang panjang nie…dan aku pulak terbayang2 jadinya kita mcm gambar bawah nie…..


bulu hidung yang panjang dapat menghindari h1n1? adakah ini pendapat? sukar nak pastikannya.... Gambar hiasan jea nie....

bulu hidung yang panjang dapat menghindari h1n1? adakah ini pendapat? sukar nak pastikannya.... Gambar hiasan jea nie....