Laporan KPI: Guru wanita saman pengetua RM228,000


KUANTAN 6 Okt. – Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000.

Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu.

Rozilah selaku plaintif yang diwakili peguam Balkish Alias menamakan pengetua sekolah tersebut, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani hari ini.

Hassan bagaimanapun menetapkan 5 November ini sebutan semula kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Guru berkenaan yang telah berkhidmat sejak 11 tahun lalu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan oleh defendan.

Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan KPI yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan.

”Pengetua itu turut memalukan saya di hadapan guru lain selain menuduh saya sengaja enggan mematuhi perintah.

”Malah, saaya tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketua saya itu,” dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasinya diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.

Ekoran tersebarnya laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu yang akan kekal sepanjang hayat.

Disebabkan laporan itu juga, dakwa Rozilah, kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.

Sehubungan itu, dia tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan selain memulihkan kembali reputasinya yang terjejas teruk.

somber: utusan malaysia

em…. kena pasang lawyer la lepas ni…… taklama lagi mesti ada skim guaman guru-guru malaysia…

8 responses to this post.

  1. Posted by djaggat on 07/10/2009 at 4:18 pm

    aku doakan semoga cikgu yg menyaman tu menang supaya menjadi pedoman kpd gb n pengetua yg belagak nak mampus

    Reply

    • aku amin je lah…….bagi dema2 yang salah guna kuasa….
      pada yang idak…. aku thumbs up kan………
      lagipon….. kat mana2 jabatan….
      boss bukan untuk kita suka2…suka suka….
      boss tu kita ikut perintah jea….. sebab tu aku tak endak jadi boss…… kecuali, bossprepaid/prepaidboss…..
      layari http://www.prepaidboss.com/

      Reply

  2. Posted by ticer on 13/10/2009 at 12:18 pm

    kuasa yg ada pada kita x boleh disalahgunakan.tanggungjawab sebagai bos nie berat kalu x adil pd org bwh kat akhirat nnti akn disoal.

    Reply

  3. Posted by CIKGUFOREVER on 21/10/2009 at 5:27 pm

    Sebenarnya cikgu yang menyaman tu memang teruk. Cuba bayangkan sejak berada di SMK Seri Mahkota dari tahun 2006 – tahun 2008, memang tak pernah hadir meeting. Dan semasa dia sibuk mengusahakan perniagaan Mak Andam, dalam kelas, masa tu form 6, aku dan beberapa orang rakan lain telah melihat dengan mata kasar dia memang tak mengajar. Asyik berborak dengan pelajar. Kehadiran selalu lewat. Tak kiralah kalau lewat 5 minit sekali pun, lewat tetap lewat. Aku harap cikgu tu muhasabah diri dulu la.
    Statement akhbar hari tu, dah minta kebenaran ketua jabatan dah ke? Silap2 kena tindakan tatatertib.

    Reply

    • huhu…..
      camtu cetenya…..
      statement akhbar kalau mintak kebenaran… sure takleh punya….
      agaknya sebab tu cekgu tu sound terus kat surathabor… agaknye la…

      Reply

  4. Posted by CIKGUFOREVER on 21/10/2009 at 5:31 pm

    Satu lagi, Buat pengetahuan semua pembaca maya, cikgu tu sebenarnya telah berkali2 diminnta mengisi borang prestasi pada tahun lepas. Borang pun tak diambil di pejabat. Akhirnya, pihak pejabat terpaksa menelefon beliau untuk menisi butiran nama dan ditandatangan. Butiran lain langsung tidak diisi. Habis tu macam mana pengetua nak beri markah? Empunya diri kena ingat apa yang telah anda katakan semasa menyain borang kosong tersebut: “Nak bagi berapa pun, saya tak kisah”…. Dah jadi begini, redha je lah..

    Reply

    • uhuk2……
      tkasih la ateh pandangan di sebalik tabir lagi satu…….
      bab borang prestasi tu… memang le payah kalau idak diisi….
      pendapat teman, kita isi jea… markah terpulang pada pentadbir….
      sama2 senang gitu…..
      thanks for the infoz!

      kulop ludin

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s