BONUS KAKITANGAN KERAJAAN 2 BULAN?


1MALAYSIA stadium indera mulia ipoh
bonus kerajaan umpama mesin kaunter yang sentiasa berkhidmat!!

22/10/2009

KUALA LUMPUR: Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masing-masing memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam serta dan memperkenalkan dasar gaji minimum RM900 sebulan bagi semua sektor pekerjaan dalam Bajet 2010, yang akan dibentangkan esok. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata walaupun krisis ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, permohonan bonus itu adalah wajar untuk menambah kuasa membeli, selain meningkatkan kebajikan kakitangan awam supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, produktif dan cemerlang. Malah, katanya, berdasarkan tinjauan peniaga turut mengharap dan tertunggu-tunggu kakitangan awam menikmati bayaran bonus kerana ia akan mendorong serta mengaktifkan lagi kegiatan jual beli dalam pasaran.
“Permohonan kadar bonus itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs Khas, 16 Oktober lalu, selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara. Tidak dinafikan bayaran bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan dan lebih 400,000 pesara perkhidmatan awam, membabitkan kos yang tinggi. “Bagaimanapun, diharap kerajaan mempertimbangkan permohonan ini berdasarkan produktiviti dan prestasi kerja kakitangan awam yang semakin baik, di samping kesetiaan serta sokongan penuh mereka kepada kepemimpinan kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata penetapan gaji minimum RM900 itu akan memberi kesan besar kepada kebajikan rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah, berikutan masih ada pekerja memperoleh kadar upah tidak munasabah serendah RM350 atau RM400 sebulan, termasuk dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
“Selain itu, MTUC juga meminta kerajaan mendesak majikan sektor swasta memperkenalkan elaun kos sara hidup (Cola) untuk pekerja berpendapatan rendah, di samping menyediakan insentif lain seperti rebat bagi membantu golongan ini serta mengekalkan bantuan subsidi sedia ada. “Walaupun mungkin berlaku pengurangan dalam Bajet 2010, ia diharap tidak membebankan atau memberi implikasi negatif kepada rakyat yang banyak menyumbang kepada kerajaan pada waktu susah dan senang,” katanya.

somber dari: cecupak cecuepacs

aku yakin kerajaan akan sentiasa memikirkan nasib subject2 di bawahnya….. pemberian bonus 2 bulan (sekiranya dapat) bukan ke mana pon doit tuh…. balik semula ke kerajaan juga…… maklumle, hubungan kakitangan dan kerajaan nie umpama jaring saling berkait antara satu sama lain…… kalau tak bagi…. em, anggaple macam cubit peha kiri, peha kanan terasa juga……

11 responses to this post.

  1. kalau dapat bonus dua bulan gaji saya kali ini mesti undi bn

    Reply

    • hehe……
      maknanya kalau nak undi bn kena bagi 2 bulan bonus ye…..
      ya… aku pun setuju kalau gomen nak bagi 2 bulan bonus…..
      dan ramai yang akan memuji2 pihak pemerintah kerana memahami kehendak dan nasib rakyat….

      Reply

    • takde bonus….
      agak2nya undi BN ke
      idak ni?

      Reply

  2. Posted by Cucu Syekh Bana on 26/10/2009 at 10:21 am

    Aku yakin, dengan pemberian bonus 2 bulan gaji ini akan membuka mata rakyat jelata terutama yang selama ini duduk “atas pagar” agar turun menyokong kerajaan BN kerana memperlihatkan keprihatinan kerajaan BN memperjuang dan membela nasib rakyat tanpa kompromi selama ini walau apa sahaja tohmahan pembangkang.

    Hidup Dato’ Sri Najib!!
    Hidup Islam!!
    Hidup UMNO!!

    Reply

  3. Posted by FATIN on 03/11/2009 at 1:50 pm

    kalau 1 bulan pun ok… emak saya kat felda lah yang senyum sampai ke telinga.. 2 x bonus lah plak… pinjam emak… anak emak keje gomen… tapi tak ada dengar pun dengar pasal bonus

    Reply

  4. Posted by mat on 04/11/2009 at 11:41 pm

    kan aku dah ckp jangan minta bonus cuepac ni degil kan tok jib dah marah. dah kena selar dah cuepac tak bermoral minta bonus time meleset ni. minyak kpl terbang dia pun maybe tak boleh bayar lagi.penjawat awam ni dah jadi no berapa dah pentingnya. yg paling penting bg orang politik ni kuasa aje.boleh jln2 cari projek dan makan sikit ok lah. banyak duit nak guna tu. biarlah dia puas2 round dulu macam tun m barulah dia fikirkan penjawat awam ni. orang2 besar ni barang naik pun dia tak kisah dia banyak duit. kita orang kampung dan gaji kecik i terasa wei duait RM50 macam RM 5 aje. untuk tidak cari pasal senyap aje kalau ada hidayah Allah dia nak bagi bonus ke naik gaji ke dia bagilah. cakap banyak pun tak guna terlalu banyuk ckp nanti kena sumbat ke mana2 baru nyesal. susah nak cari pemimpim yg sipi-sipi dengan khulafa Al rasyidin. contoh syaidina Umar pikul gandum malam2 nak bagi rakyat.

    Reply

  5. Posted by mat on 07/11/2009 at 5:52 pm

    inilah konsep 1 malaysia, percayalah konsep aje tu, habuk pun tarak, dulu Islam hadari skrg tak sebut langsung dah, mereka dah elergi dgn Islam ni kut sebab Islam tu adil. Aku nak tukar slogan sikit” Rakyat diutamakan kepentingan politik didahulukan” ni baru betul, Kakitangan kerajaan kerja mcm hamba tuk2 naik RM90 setahun. dia orang banyak dapat elaun itu, elaun ini, projek sana projek sini,kita penyakit adalah keluar pagi balik ptg. aik dah melalut dah tapi realitinya gitulah. Allah maha kaya tunggulah kita lihat nasib pemimpin yg tidak ada sense ni mcm mana akan datang.

    Reply

    • kulop ludin of skpz
      huhu…. lain jea slogan tu yop……
      sabor2……
      kakitangan kerajaan kena ikot perintah kerajaan semasa(walopon kelat bagi sesetengah orang)…..
      macam yop cakap tu….. kita tunggu dan lihat…….
      tkasih atas komen bernas!!

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s