10 perkara yang tak patut dilakukan ketika surf internet


kfc-from my son point of view!

ya…. saban hari aku peratikan makin ramai insan berkemahiran tinggi dalam melayari laman internet…

oleh itu  benarkan aku berpesan2 tentang perkara yang patut tak patut dilakukan semasa melayari dunia virtual ini….

sebelum itu…. pastikan tuan/puan membayar bil internet mengikuti masa yang ditetapkan kerana… ada pernah terjadi…. aku mencurahkan segala ilmu setting2/connection ke network yang mana pada akhirnya…. tuan punya badan bgtau aku… bilnya agak lama dah tertunggak…hampeh dan membuang masa aku!!

Baiklah, ijinkan aku meneruskan perkongsian ilmu biasa tapi berguna.

1. Apa2 saja maklumat peribadi seharusnya dirahsiakan…. hanya kerana seseorang dok tanya,asek2 tanya… jangan sesekali kita bagi… lantakla kalau dia guna ayat power… “tak percaya ke?”… peh, jangan le percaya.. hampeh semua tuh…. kena pikir… segala maklumat peribadi yang kita bagi akan disalah gunakan nanti…. (kebiasaanya dapat dalam email… yang bgtau atuk dia dah mewasiatkan supaya berkongsi2 kekayaan yang dia dapat… jadi dia pon nak menyerahkan beberapa juta kepada kita… kita hanya perlu reply email dengan info2 peribadi… jangan percaya!!)

2. katakanlah anda sedang chatting secara online samada di forum2 atau di mana2 saja…. jangan mudah terpedaya…. jangan terus anggap mereka itu benar2 ikhlas dengan kita…walopon ada yang bgtau nama dia siti suhaina umur 16 tahun…. peh…. jangan terpedaya… boleh jadi, siti tadi tu…. siap ada jambang bersepah2 dan bulu kaki tebal2…beserta halkum!! haha… padan muka korang yang dah transfer duit sebabnya dia tak mampu nak beli buku skolah…. jangan yop!!

3. katakunci atau password… jangan nak mandai2 bgtau kat orang lain, kebiasaan berlaku di mana orang tau password kita dah tukarpassword tu menyebabkan kita takleh nak log in…. jangan bgtau password kita walopon kepada orang yang provided akaun kita… apapun… masa kita create password, catitkan pada buku catatan.. manatau, kalau dah lupa… leh refer semula.

4. sekiranya ada diantara spam email yang kita terima itu kelihatan sangat menarik…abaikan jangan mudah terpedaya…. klik je spam…. bior diblock email spam tu….

5. jangan sesekali menghantar posting yang meminta anda menghantar alamat rumah ataupun nombor telepon…..

6. wujudkan nama samaran semasa chatting di dalam chat room…. takyah pakai nama betoi…. contohnya nama anda… usop ludin… gunakan nama lain… mungkin boleh guna nama samaran seperti… awang kuat atau mana yang anda pikirkan sesuai….

7. yop and yong… adapon pada masa kita menghantar mesej chat(chatroom) ada satu golongan surfer yang dipanggil lurkers( mereka ni tak chat/post apa2.. tetapi gemor membaca) maknanya apa yang kita post dapat dilihat dan dibaca oleh semua orang…. jadi paham2la… jangan post sesuatu yang melibatkan butiran2 peribadi dikongsi satu dunia! bahaya!!

8. apabila anak2 atau budak menghadapi masalah semasa menggunakan internet…. atau membuat masalah semasa melayari internet… perkara pertama, janganlah dicabut wayar modem atau dibungkus2 pc tu dan disimpan bawah katil….. tak berapa betul tindakan tuh kerana nanti mereka akan cari jalan penyelesaian yang tak elok lak…. Jadi, duduk berbincang dan cari jalan selesai…. sekiranya dilakukan secara bersama, segala masalah akan dapat diselesaikan….

9. bukan satu idea yang bijak sekiranya kita bertukar2 gambar dalam laman maya nie…. rasionalnya… takleh caya la…..

10. sentiasa tanam dalam kepala minda kita bahawa internet nie tidak dikawalselia oleh sesiapa…. maksudnya, sesiapa sahaja boleh memeriksa/memanipulasikan data kita tanpa terhad!!

gitulah kira2nya……


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s