Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang


Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

KAMPAR: Antara 30 hingga 50 murid berada di atas jambatan gantung yang menghubungkan tapak perkhemahan dan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang ketika ia runtuh semalam.

Kejadian itu menyebabkan seorang murid mati lemas dihanyut air deras Sungai Kampar, dua lagi masih hilang, manakala 19 yang lain selamat.

Seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12, berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba ketika ada antara mereka menyeberangi jambatan itu untuk ke sekolah untuk makan malam dan ada yang balik ke kem.

Beliau berkata, sebelum runtuh, jambatan itu bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika berada di atasnya.

“Masa itu ada 30 hingga 50 murid atas jambatan. Tiba-tiba saja kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali…air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik,” katanya.

Mathivanan berkata, suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Beliau adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan di situ.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Jambatan itu menghubungkan tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Seorang guru, Mohd Safri Abdul Rafar, berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

“Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid…air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing,” katanya.

Safri berkata, beliau kemudian turun semula dan sempat membawa naik lima lagi murid. “Pengawal sekolah ini yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, tapi saya sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang murid yang berpegang pada tali besi sebelum melihat dia dihanyutkan air,” katanya.

Perkhemahan yang bermula hari ini, dijadual hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terbabit dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu adalah yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya, minggu lalu.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu terdiri daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat. – Bernama

KAMPAR: Sukarelawan kampung, Mohd Zarit Izwan Abd Razak, 19, menemui mayat pertama yang dihanyut air deras selepas jambatan gantung di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi.

Katanya, beliau menemui mayat itu ketika menyelam di kawasan timbunan sampah kayu di kawasan Kampung Pasir dan terpegang kepala mangsa, sebelum menjerit dan mendapat bantuan daripada rakannya untuk menarik keluar mayat itu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, mengesahkan mayat kanak-kanak India ditemui jam 8.30 pagi tadi.

Mayat kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Dina Deve A/P Nathan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mambang, Awan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

info gambar

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.

Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum Kuala Dipang yang runtuh

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

info bergambar tu aku dapat kat sini: kedahlanie

admin mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan dan yang lelainnya.. banyak2 bersabar sesangat….. berhati2 tak kira di mana kita berada….

update dari pelbagai sumber

Polis Kenal Pasti Identiti Dua Murid Hilang Kes Jambatan Runtuh

KAMPAR, 27 Okt (Bernama) –– Polis sudah mengenal pasti nama dua murid yang masih hilang di Sungai Kampar dan operasi mencari masih diteruskan, kata Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Aziz Salleh.

Beliau berkata kedua-dua mereka dikenali sebagai Diryasree a/p Vasudevan, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng dan Davadharshini a/p Maheswaran, 11, SJKT Mambang Di Awan dekat sini.

“Mereka adalah di antara 22 pelajar sekolah yang terjatuh ke dalam Sungai Kampar ketika sedang meniti jambatan gantung di Kawasan Perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini pada pukul 10.30 malam tadi,” katanya di sini Selasa.

Bagaimanapun 19 daripada mereka berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal keselamatan sekolah terbabit, katanya.

Aziz berkata setakat pukul 5 petang ini, operasi mencari melibatkan lebih 300 anggota penyelamat di kawasan sungai itu sejak pagi ini masih belum menemui kedua-dua mangsa.

Seorang lagi mangsa Dina Deve a/p Nathan, 11 ditemui pada pukul 8.40 pagi ini berhampiran loji di sungai itu kira kira empat km daripada tempat dia terjatuh.

aku tak berapa pasti gambor ni samada gambar mangsa yang jumpa pagi tadi... rasanya nampak macam tangan je tuh...

28  oktober 2009

IPOH: Mayat seorang lagi pelajar yang hilang akibat jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, M Devadarshini, 11, ditemui pasukan mencari dan menyelamat di Tanjung Tualang, 11.30 malam tadi.

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, Kampar itu adalah antara tiga peserta kem perkhemahan yang hilang akibat dibawa arus Sungai Kampar selepas jambatan gantung di Kuala Dipang runtuh, kelmarin.

Mayat mangsa kini di Hospital Kampar.

 

 

29 oktober 2009

Mayat mangsa terakhir Kuala Dipang ditemui

GOPENG: Mayat terakhir mangsa jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, ditemui di Tronoh Mines, Kampar, kira-kira 15 kilometer (km) dari tempat kejadian, jam 10.30 pagi tadi. berita harian

 

 

Thursday October 29, 2009 MYT 6:23:00 PM
By CHAN LI LEEN

 

GOPENG: It was an emotional scene at drowned victim V. Divyashree’s home in Taman Changkat Golf here as her father chased away her schoolmates.

The grief-stricken father seemed on the verge of a breakdown as he went on a rampage and yelled for the group of pupils from SJK (T) Gopeng to leave.

”Don’t send children to school. They are all killing them,” K. Vasudevan, 34, a technician in Kuala Lumpur, repeatedly screamed as a few men tried to restrain him and calm him down.

Crying hysterically, the dozen schoolchildren obeyed and waited at a house opposite.

”Her father was very upset to see us. He said that he didn’t want to see anyone wearing school uniforms.

”But then, we only wanted to say our goodbyes to Divyashree,” said one of them.

The children were later ushered into the house when Vasudevan finally calmed down and remained outside the house.

Divyashree’s 41-year-old mother R. Kanakam fainted a few times due to grief. She was briefly warded at the Kampar Hospital earlier after fainting outside its mortuary.

Gopeng MIC branch Wanita chief P. Sarojini, who is a close friend of the family, said the couple could not accept the death of their eldest daughter as they had both been confident that she would return safely.

”They had both believed she was merely lost in some jungle. Day after day, they would wait at the site in Kuala Dipang for her return.

”The truth only hit them at the mortuary when it was confirmed that the body found was of their daughter,” she said.

Sarojini said Divyashree was an intelligent and obedient girl, and that she had been her parent’s hope for a brighter future.

”On her own, she would wake up at 4am in the morning to study. She would always tell me how good it would be if she could get RM100 for every A she obtains in her UPSR examination so that she can give the money to her parents.

”In fact, she was the one who encouraged her parents to take part in the Human Resource Ministry retraining scheme in Kuala Lumpur just so that the family could lead a better life.

”She did not mind being left behind with her younger sister to stay with their neighbour,” Sarojini said.

The scene at the home of M. Devatharshini in Taman Diawan, Mambang Diawan here, was relatively calmer.

Her father K. Mageswaran, whose eyes had been swollen from too much crying, said his daughter’s death seemed surreal.

”Sometimes, I have to sit and think if all this is real. I keep wishing that it is just a dream.

”She was our only daughter and I loved her the most,” the father said, breaking down into tears.

The last time he saw his daughter alive was when he had arrived home at noon as Devatharshini was about to leave on her bicycle.

”She had clothes and things packed in her basket. She started crying when she saw me and pleaded with me to allow her to go to the camp.

”Because I loved her, I gave her permission.

”She wrote a letter to her mother and placed it on the altar, begging for her mother’s forgiveness and blessings,” he added.

Mageswaran later received RM3,000 from the nearby Ngan Yin Groundnut Factory Sdn Bhd where his wife, R. Nagaratana works as a packer.

Perak executive councillor Datuk Dr Mah Hang Soon, who visited both families, told reporters that the state government would help out the victims’ families with a contribution of RM10,000 each.

kulop ludin of skpz
tak dapat dibayangkan kehilangan yang sebegitu secara tiba2….

10 responses to this post.

  1. Posted by Mohd Nadzri Kamsah on 29/10/2009 at 4:28 pm

    Apabila berlaku tragedi ramai yang salahkan cikgu hingga sanggup memukul cikgu.tahukah anda bagaimana cikgu telah BERSABUNG NYAWA terjun sungai yang berarus di tengah malam gelita dan sejuk demi tngjwb kpd murid.lihat tv,pakar penyelamat yg lengkap alat moden masih terkial-kial mencari.Apa yang ada pada cikgu malam itu.Mereka bukan pakar sungai,namun berjaya juga menyelamatkan ramai murid.bukan suka-suka cikgu membawa murid camping.Tidur di rumah dengan bantal peluk labih baik.Tapi demi arahan perlu dilaksanakan amanah tersebut.Jgnlah lagi menyalahkan cikgu.SYABAS CIKGU kerana CIKGU DAN PENGAWAL SEKOLAH adalah WIRA MALAM ITU.

    Reply

    • kulop ludin of skpz
      setuju…… yang jadi masalahnya ada parents tak berapa faham tugas cekgu tu……. apapun, lepas nie…. semua pihak kena berhati2…. terutama Cikgu….
      siapa nak backing kalau parents dah sparring!!

      Reply

      • Posted by iem on 31/10/2009 at 8:33 am

        mmglah berjaya selamatkan sbb dah jadi depan mata mmg kena buat…
        tapi cikgu tak sedar, tanggungjawab cikgu untuk menjaga keselamatan murid sebelum apa2 berlaku..
        itu yg sering diabaikan…..
        apapun…semua ini dah ditakdirkan….
        apa yg penting kita kena ambil sebagai pengajaran….

      • kulop ludin of skpz
        walopon di depan mata, kita juga mempunyai pilihan.
        ada perasaan bercampur di sini…. pandangan dari guru dan pada masa yang sama, pandangan sebagai ibubapa..

        tapi mengapa terasa2 jambatan tu macam tak berapa cukup mantap jea untuk menampung ramai orang…..

    • Posted by Jeeva on 29/10/2009 at 8:53 pm

      Saya setuju dgn pendapat awak…cikgu tidak patut dipersalahkan. ini kerana mereka juga telah menyabung nyawa untuk selamatkan murid murid ini..termasuk pengawal…terima kasih kepada pengawal dan cikgu cikgu terbabit. Harap roh 3 kanak kanak itu diberi tempat di syurga…kepada keluarga kanak kanak malang itu…harap bersabar dgn dugaan tuhan…

      Reply

  2. Posted by Mohd Nadzri Kamsah on 29/10/2009 at 4:30 pm

    Tahniah kepada pasukan penyelamat yang telah menemui 2 mayat murid dalam tragedi Kuala Dipang.

    Reply

    • kulop ludin of skpz
      betul… bukan senang tu nak mencari…. kan main jauh melebar sungai tuh……
      pastikan dema yang jumpa tu diberi sijil penghargaan!
      takziah kepada keluarga mangsa juga……

      Reply

  3. Posted by Mohd Nadzri Kamsah on 01/11/2009 at 1:19 pm

    Renungan kpd semua cikgu…berhati-hati dengan semua arahan drp JPN terutama yang melibatkan aktiviti kukurikulum.Pastikan pekeliling kementerian dipatuhi.Sbg contoh yang melibatkan aktiviti di tepi air spt camping,lawatan dan sebagainya.x de pegawai yg akan membela sekiranya sesuatu yg buruk terjadi.Siapalah anda….hanya seorang guru….

    Reply

    • kulop ludin of skpz
      tekanan yang diterima kekadang menyebabkan guru2 berpikir berbanyak kali kalau nak bawak bebudak…..

      apapun terimakasih atas peringatan……

      Reply

  4. Posted by dani on 05/11/2009 at 12:20 am

    syabas pale bapok mung

    Reply

Leave a reply to Mohd Nadzri Kamsah Cancel reply