Apa cete pasal H1N1 ye? senyap jea………


Apa cete pasal H1N1 ye?
senyap jea…….
udah berenti ke virus tuh?

 

dapat dah pon….

KUALA LUMPUR: Tiada kematian dicatatkan akibat Influenza A(H1N1) sepanjang minggu lalu menjadikan jumlah kematian akibat virus tersebut kekal 77 orang.

Bagaimanapun, dalam tempoh seminggu, seramai 838 pesakit baru dengan gejala serupa Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk dirawat manakala 884 kes didiscaj.

Setakat 24 Oktober, jumlah semasa kes ILI yang masih mendapatkan rawatan di seluruh negara adalah 465 kes di 66 buah hospital di seluruh negara termasuk empat di hospital swasta.

“Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 15 pesakit atau 3 peratus adalah kes influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh yang sama enam pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala empat pesakit didiscaj dari ICU.

“Dalam tempoh yang sama terdapat tujuh kes masih dirawat di ICU dan empat daripadanya mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah lima tahun (3) dan morbid obesiti (1),” katanya.

Dalam pada itu, katanya, terdapat empat kejadian kluster ILI dilaporkan dalam tempoh seminggu yang lalu, di mana ia berlaku di Kampung Cherok, Pos Belatim, Gua Musang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Lembing, Pahang, Kolej Inforana, Marang, Terengganu dan Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakob, Jasin, Melaka.

Bagaimanapun, katanya, menerusi ujian makmal hanya satu daripada empat kes tersebut adalah positif virus Influenza (H1N1) manakala tiga kes lain bukan diakibatkan oleh virus berkenaan. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s