BERNAMA – Poligami Tidak Selesaikan Masalah Ibu Tunggal – Wanita MCA


BERNAMA – Poligami Tidak Selesaikan Masalah Ibu Tunggal – Wanita MCA.

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Poligami tidak menyelesaikan masalah ibu tunggal yang memerlukan bantuan, kata Wanita MCA sebagai mengulas cadangan yang dibuat pemimpin wanita PAS baru-baru ini.

Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata banyak lagi cara lain yang boleh membantu ibu tunggal seperti mewujudkan pinjaman kredit mikro atau latihan kemahiran bagi membolehkan mereka berdikari.

Exco kerajaan negeri Kelantan Wan Ubaidah Omar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Rabu lepas secara berseloroh mencadangkan supaya setiap anggota Dewan diberi anugerah jika mengahwini ibu tunggal, terutama yang mempunyai anak-anak kecil.

Chew dalam kenyataannya hari ini berkata Wan Ubaidah boleh mencadangkan kerajaan negeri mengambil ibu tunggal yang memerlukan bantuan sebagai anak angkat dengan menyediakan bantuan kewangan dan pendidikan untuk anak mereka.

“Jika seseorang lelaki, terutama anggota Dewan jujur dalam membantu ibu tunggal, dia tidak akan mengharapkan sebarang bentuk imbuhan daripada kerajaan dengan berpoligami,” katanya.

Chew berkata tidak kira berapa umur ibu tunggal atau anak-anak mereka, selagi mereka berhak mendapat bantuan terutama yang mempunyai anak kecil, kerajaan perlu membantu mereka.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s