SKPZ UPSR 2009


TAHNIAH KEPADA 11 ORANG MURID YANG MENDAPAT 5A!!

skpz upsr 2009

PUTRAJAYA: Pencapaian calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini meningkat 0.32 peratus apabila 48,171 calon memperolehi gred A atau cemerlang bagi semua mata pelajaran berbanding 46,641 calon pada tahun sebelumnya.

Baki 319,336 calon memperolehi minimum gred C atau baik bagi semua mata pelajaran dan 3,266 lagi calon memperolehi gred E bagi semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pencapaian itu diukur berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) yang menggunakan indeks cemerlang (semua A), baik (minimum C) dan sangat lemah (semua E).

“GPN adalah indeks yang digunakan bagi merumus pencapaian keseluruhan calon dalam peperiksaan serta ia dihitung berdasarkan lima gred pernyataan iaitu gred A (satu), B (dua), C (tiga) dan D (empat) dan E (lima).

“GPN dengan nilai terbaik bermula dari satu diikuti dua, tiga, empat dan terendah adalah lima,” katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini, pagi tadi.

Seramai 517, 908 calon berdaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR tahun ini yang berlangsung dari 8 hingga 10 September lalu.

Daripada jumlah itu, 510, 125 adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran manakala 7,783 adalah calon sekolah swasta.

Beliau berkata, pencapaian calon luar bandar juga menunjukkan peningkatan, malah jurang pencapaian antara murid bandar dan luar bandar semakin berkurangan.

“Perbezaan bilangan calon bandar dan luar bandar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran tahun ini ialah 3.64 peratus atau 14, 980 calon berbanding 4.22 peratus atau 16,241 calon tahun lalu.

“Begitu juga dengan perbezaan nilai GPN bagi murid di kawasan bandar dan luar bandar bagi tahun ini adalah lebih kecil iaitu 0.2 berbanding 0.22 pada tahun sebelumnya,” katanya.

Alimuddin juga berkata, seramai 1,086 calon istimewa mengambil UPSR tahun ini iaitu dua kali ganda berbanding 664 calon

tahun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, 13 calon memperoleh gred A bagi semua matapelajaran, 11 (gred C) dan 59 (gred E) dengan jumlah keseluruhan nilai GPN sebanuak 3.75 mata berbanding 3.71 mata tahun lalu.

Alimuddin berkata, secara keseluruhan keputusan UPSR itu menunjukkan sistem pendidikan negara berada di landasan betul kerana ia lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“UPSR dilaksanakan bertujuan mengukur tahap penguasaan murid dalam membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).

“Maklumat yang diperolehi ini dapat dijadikan petunjuk sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran yang ditawarkan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah,” katanya.

BERITA HARIAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s