skirt pendek,api dan geli-geli


MUAR: Seorang wanita melecur pada tangan dan paha apabila skirt pendeknya terbakar akibat disambar api ketika melalui kawasan berhampiran longgokan kertas yang sedang dibakar di hadapan pejabatnya di Jalan Bakariah di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12. 30 tengah hari itu, mangsa, Liu Yong Ling, 28, dipercayai baru keluar dari pintu pejabat menuju ke arah motosikalnya dan ketika melalui kawasan longgokan sampah yang dibakar, tiba-tiba api menyambar depan skritnya.

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

*kulop ludin:tu pasal aku tak pakai skirt pendek….. takot banyak menda yang geram!! huhu…


Rumah urut ‘geli-geli’

GOMBAK: Popular dengan jolokan rumah urut ‘geli-geli’ menyebabkan ramai lelaki berstatus suami sanggup berhabis duit ratusan ringgit hampir setiap minggu semata-mata melampiaskan nafsu bersama gadis urut yang kebanyakannya wanita seberang.

Kebanyakan gadis urut seks yang beroperasi di sekitar Gombak itu dikesan menggunakan rumah persendirian yang disewa atau milik penghuni tempatan untuk menjalankan kegiatan itu yang mampu memberi keuntungan sehingga RM500 sehari.

Kegiatan terbabit, bagaimanapun dilumpuhkan selepas sepasukan 63 anggota Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dibantu lapan pegawai Imigresen dan lima anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak melakukan operasi di dua lokasi berasingan.

Dalam operasi pertama kira-kira jam 6 petang, pegawai MPS menyerbu sebuah rumah di tingkat tiga bangunan rumah kedai di Sentral Point, Batu Caves.

Rumah urut ‘geli-geli’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

*kulop ludin:memang adat lelaki berumahtangga nie banyak angin dalam badan…. terpaksa geli2 untuk buang angin2 tuh…..


Tercampak 16 meter


KUALA LUMPUR: Anak pengarah eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Datuk Dr Ang Bon Beng maut apabila tercampak sejauh 16 meter dari kenderaannya yang terbabas lalu merempuh tiang pintu gerbang di Jalan Istana berhampiran Jalan Sungai Besi awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, kenderaan pacuan empat roda Nissan X Trail milik mangsa, Ang Chee Ee, 24, dipercayai dipandu laju ketika hujan lebat menyebabkannya hilang kawalan lalu merempuh tiang di sebelah kiri jalan.

Hentakan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak keluar melalui cermin hadapan keretanya dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepalanya.

Difahamkan, kira-kira 10 kenderaan lain turut mengalami kemalangan kecil ketika cuba mengelak daripada merempuh kereta mangsa yang melintangi jalan.

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shaffizan
shantynur@hmetro

*kulop ludin: peh… muda lagi….. hati2 ketika memandu time hujan2 camnie……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s