Bung Moktar sah nikah Zizie, kata rakan MP


Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.

Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: “Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita.”

Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya, selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.

sumber: malaysiakini

semoga dema berdua aman bahagia…kalau betoi lea….
ikan di laut,asam di darat…… begitu lea pepatah melayu……..
bertuah badan wat MP kita tuh!!

‘Semuanya sudah selesai’


Bung Moktar (kiri) dan Zizie Ezette

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini berteka-teki mengenai perkahwinannya dengan pelakon Zizie Ezette, akhirnya mengesahkan perkara itu semalam.

Mengikut SMS yang dihantarnya, tindakan enggan mengulas lanjut mengenai isu itu dibuat kerana mahu menjaga hati isteri pertamanya.

“Seperti yang diketahui, perkara ini sudah banyak diperkatakan dalam akhbar. Apa-apa pun, semua urusan sudah selesai,” katanya ringkas.

baca lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s