Tok Mat Rahmat meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

“Tok Mat” pergi dengan mudah, tenang: Isteri

KUALA LUMPUR: “Saya syukur kerana dia pergi dengan mudah dan aman,” kata Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, mengenai pemergian suaminya bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat ke Rahmatullah, hari ini.

Allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Damansara di sini kira-kira 8 pagi.

Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Salbiah berkata beliau menyedari suaminya tidak bernafas kira-kira 8 pagi ketika mahu menutup mesin dialisis yang dipasang pada tubuh suaminya.

“Selalunya, tiap-tiap pagi dalam 8.40 (pagi) saya akan menutup mesin dialisis yang dipasang pada arwah, tetapi pagi tadi kira-kira 8 pagi, saya tengok mesin itu ”hang” (terhenti) dan dada arwah tidak menunjukkan dia bernafas,” katanya kepada di kediamannya di sini, hari ini.

Salbiah berkata melihat keadaan arwah, beliau segera menelefon doktor dan anak-anaknya bagi memaklumkan perkara itu.

“Doktor (yang datang) kemudian mengesahkan arwah telah menghembuskan nafas terakhir dalam 8 pagi tadi,” katanya.

Allahyarham menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Salbiah berkata Allahyarham juga mengarahkan pemandu keluarganya untuk datang bekerja pagi ini bagi membawanya keluar berjalan.

“Arwah mengarahkan pemandu kami untuk datang bekerja walaupun hari ini cuti umum. Arwah meminta pemandu untuk membawa saya keluar berjalan-jalan… macam tanda seperti dia hendak pergi,” katanya.

Beliau bagaimanapun terkilan kerana tidak sempat memohon maaf daripada Allahyarham.

“Semalam beliau langsung tidak memanggil saya…selalunya setiap malam dia akan panggil saya untuk membuang air kecil dan saya akan bawanya serta tolak mesin (dialisis) ke bilik air.

“Saya juga tak dengar apa-apa kecuali dengar arwah buka dan tutup TV…memang dia akan tengok berita 24 jam. Agaknya dia tak rasa sakit, syukur Alhamdulilah, beliau pergi dengan aman,” katanya.

Salbiah juga bersyukur kerana sebelum Allahyarham meninggal dunia, beliau sempat bertemu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Beliau nak sangat bertemu dengan Datuk Seri Rais dan dua hari lepas arwah dapat bertemu dengannya di pejabat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan”.

Salbiah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pemimpin tertinggi kerajaan yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Mohamed akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar. – Bernama

berita harian


semoga rohnya dicucuri rahmat, ucapan takziah kepada keluarga arwah. baru je aku review bukunya… ingatkan nak tunggu jilid dua..tetapi Allah sayangkan Tok Mat… dia pergi dahulu…. Al-Fatihah.

Tok Mat bukukan amanat terakhir


MOHAMED selaku Setiausaha Agung Umno bersama Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung parti 1992.

Rais sempat diberi tanggungjawab sebar catatan perjuangan kepada rakyat

KUALA LUMPUR: Amanat terakhir Tan Sri Mohamed Rahmat, dua hari sebelum pemergiannya ke Rahmatullah, semalam adalah untuk melihat buku tulisan pertama dan terakhirnya, Umno: Akhir Sebuah Impian dibaca rakyat peringkat akar umbi bagi memahami erti perjuangan parti keramat Umno.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata hasrat bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno itu diluahkan kepadanya pada pertemuan hampir sejam di pejabat kementerian, pada Rabu lalu.

//

Mohamed katanya, mahu buku catatan bergambar 170 muka surat yang dihasilkan dalam hampir setahun itu diedarkan secepat mungkin kepada rakyat menerusi lebih 1,000 perpustakaan desa selain di pasaran sejak dilancarkan dua bulan lalu.

“Beliau minta buku nostalgianya yang mengandungi pengalaman dalam parti dan kerajaan itu diedarkan di Perpustakaan Negara dan perpustakaan desa seluruh negara dan saya akan cuba untuk memenuhi impian Tok Mat (Mohamed).

berita harian

review aku pada 15/12/2009 kira2 2 minggu lepas….

sini

umno akhirnya sebuah impian

Setelah aku dapat habiskan membaca buku ini…
Banyak info2 yang baru daripada persepsi seorang pencen yang banyak memainkan peranan dalam menaikkan seseorang…

Dalam buku ni tok mat merupakan orang kuat dalam memastikan umno sentiasa meniti dibibir rakyat.. Bermacam2 cara telah dilakukan bagi memastikan ketua pemerintah duduk selesa di bangku tertinggi negara..

Cara tok mat bercerita sangat santai dan membawa kita bersamanya sekali… Acapkali aku menghela nafas kerana aku terasa betapa letihnya kalau aku menjadi tok mat…

Buku ini juga menjelaskan beberapa perkara atau persoalan yang bermain di minda aku.. Kenapa tok mat digugurkan? Jawapannya disertakan dalam awal2 bab buku ni… Tak nak aku ceritakan sebabnya elok beli sendiri…. Tapi cara dia digugurkan.. Em.. Sadis gak… Dia kena sound direct jea..

Baru aku tahu disebalik tabir… Sikap individu adalah sangat berbeza dengan apa yang kita lihat selama ini..

Tok mat telah lama berkhidmat sebagai orang kuat disebalik tabir orang nombor satu negara dan dalam buku ni.. Fokus tok mat adalah mantan kita… Mahathir….

Di history chanel ada satu dokumentari tentang mahathir. Kalau kita tonton dokumentari tu dan kemudian kita baca buku ni akan memudahkan kita kontraskan apa yang telah tok mat lakukan dengan apa yang sebenarnya kita nampak dikaca tv sebelum ini….

Buku ini juga diselitkan gambar2 tok mat time muda2 dolo… Segak orangnya… Kulit depan atau book cover pun menarik… Pandangan seorang tua di luar jendela memang sesuai dengan isi buku ini… You can judge the book by its cover!

Cinta tok mat kepada umno memang takleh disangkal….
Berkhidmat di zaman tunku hinggalah ke zaman tun mahathir.. Tok mat memang diantara mereka yang mahir dengan seluk beluk umno….

Apakata…
Mahathir?
Anwar?
Hussein onn?
Ghaffar baba?
Setia dan semarak projek sapa?
Semua ada diceritakan dalam buku nie… Banyak kejutan2… Macam akademi fantasia pula gayanya….

Jasanya perlu dikenang?… Itulah pada pandangan aku apabila aku membaca habis buku ni…
Mungkin pada tok mat, jasanya selama ni orang tak nampak… Orang lebih suka mengata mencaci tok mat kerana beranggapan tok mat ni kaki sapu atau mengampu… Tak pasti samada dengan menjadi raja segala propaganda boleh melabelkan tok mat sebagai kaki pengampu kerana apa yang tok mat lakukan adalah merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada dia…. Malahan tok mat sendiri ada mengaku dalam bukunya….

Aku menantikan buku keduanya pula…. Mungkin banyak lagi yang ingin dikongsi bersama…. Syabas tok mat kerana sudi berkongsi pengalaman dengan pembaca…

Kulop ludin: satu hari time kita pula yang memandang di luar jendela. Pasti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s