SKPZ SEJARAH SEKOLAH


Sejarah Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba,35400 Tapah Road ,

Perak.

Objektif 1. Untuk pengetahuan umum tentang sejarah sekolah ini.

2. Untuk memberi peluang kepada murid-murid mengetahui sejarah sekolah dan perkembangannya.

3. Untuk mewujudkan sikap sayang kepada sekolah dan seterusnya dapat menghayati.

1. Pembangunan sekolah

Menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada seseorang itu dan dengan hakikat “Kesempurnaan seseorang itu adalah dengan ilmu” masyarakat keturunan Melayu Tapah Road telah berusaha membangunkan sebuah sekolah dalam tahun 1903.

2. Perkembangan dan pendidikan dan pengurusannya

Dengan persetujuan Nazir sekolah-sekolah iaitu Tuan H.B Collins, bangunan sekolah itu dinamakan sekolah ‘SEKOLAH MELAYU TAPAH ROAD’. Keramaian murid ialah 30 (tiga puluh) orang dengan tenaga pengajarnya dua orang guru. Murid-murid bertambah hingga seramai 100 orang. Oleh itu kerana perkembangan kian meningkat dan prestasi akedemiknya juga meningkat, pihak Pejabat Pelajaran Perak telah mendirikan sebuah bangunan yang agak lebih sempurna di atas tapak bangunan asal dalam tahun 1905. Bangunan yang digezet sebagai JKR No. 157 masih tegak dan teguh hingga sekarang. Bangunan itu terletak di atas tanah yang tinggi sedikit dan berhadapan dengan Balai Polis Tapah Road.

Memandangkan hal yang demikian , Pihak Jabatan Pelajaran Perak telah bermurah hati membangunkan sebuah lagi bangunan sekolah diatas tanah Lot No. 5104 Mukim Tapah Road yang luas Kira-kira 3 ekar 3 rod 11 pol.

Bangunan tersebut didirikan dalam tahun 1938 dan mengandungi tiga (3) buah bilik darjah yang luas . Ukuran bangunan ialah 169 kaki x 24 kaki. Banguna dipebuat daripada kayu dengan atap jenis “genting”.

Bersama-sama dengan bangunan baru yang digezetkan sebagai JKR No. 81 didirikan juga empat (4) buah rumah guru (jenis kembar dua) dan lima (5) buah tandas murid.

3. Wujudnya sistem persekolahan “Sekolah laki-laki dan sekolah perempuan”

Tapah Road

3.1 Dengan terdirinya sebuah bangunan JKR No 81, Sekolah Melayu Tapah Road mempunyai dua buah bangunan sekolah yang jaraknya kira-kira 300 meter sahaja antara satu. Keramaian murid pula bertambah menjadikan lebih 200 orang murid-murid laki-laki dan lebih 100 orang murid perempuan

3.2 Berdasarkan kepada beberapa faktor, Pejabat Pelajaran Perak telah membenarkan sistem persekolahan yang berasingan bagi murid lelaki dan perempuan

3.3 Bangunan JKR 157 dijadikan sekolah Melayu Perempuan Tapah Road. Keramaian murid lebih 100 orang dan tenaga pengajar 4 orang guru.

3.4 Bangunan JKR No 81 dijadikan Sekolah Melayu Laki-Laki Tapah Road. Dengan keramaian murid 200 orang berserta 8 orang tenaga pengajar

3.5 Sekolah Melayu Perempuan Tapah Road mengadakan sidang persekolahan dari darjah satu hingga darjah empat sahaja. Murid-murid perempuan yang mencapai prestasi pengajaran hingga darjah 5 ditempatkan belajar di bangunan Sekolah Melayu Laki-Laki.

4. Perkembangan pendidikan selepas tahun 1945

Dalam masa peperangan dunia kedua, persekolahan dihentikan sementara. Sekolah dibuka semula setelah pihak Jepun meninggalkan negara dan pihak British mengambil semula pemerintahan negara. Sekolah Melayu laki-laki Tapah Road dan Sekolah Melayu Perempuan Tapah Road berjalan dengan keadaan seperti sebelum perang.

5. Wujudnya nama sekolah umum

Mengikut perkembangan negara dan juga pemerintahan, nama Sekolah Melayu telah diubahsuai menjadi “Sekolah Umum”. Peristiwa ini berlaku selepas Negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

6. Wujudnya nama “Sekolah Kebangsaan”

Pada kira-kira 31.9.1959 nama “Sekolah Umum” diubahsuai lagi menjadi “Sekolah Kebangsaan Lelaki Tapah Road”. Perjalanan sekolah berjalan seperti biasa. Murid-murid makin bertambah . Pentadbiran dijalankan oleh Guru Besar Lelaki dan seorang Guru Besar Perempuan.

7. Sistem Persekolahan “bercampur” (Lelaki dan Perempuan)

Setelah mengenalpasti masalah-masalah yang timbul dengan wujudnya “Sekolah Kebangsaan Lelaki dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Tapah Road” maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan persetujuan Jabatan Pelajaran Perak, telah membenarkan wujudnya sebuah sekolah sahaja dengan sistem “murid bercampur”

Peristiwa ini berlaku pada 2.5.1961 Surat Bil:(7) dlm . Ed. Pk . (s) 50/58 berkaitan. Dengan demikian sekolah dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAAN TAPAH ROAD, PERAK.

7.1 Keramaian murid lebih 400 orang dalam 12 aliran darjah

7.2 Tenaga pengajar seorang guru besar dan 13 orang guru biasa

8. Bangunan baru SK Tapah Road

8.1 Nama Projek : Bangunan baru SK Tapah Road Perak

8.2 Projek diluluskan :

a) 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru, stor, tandas murid & guru.

b) pagar

c) kantin

d) bekalan elektrik dan air

8.3 Tarikh diluluskan : 8 Julai 1976

8.4 Nombor rujukan : J.Pel.Pk. (Pem) 2114/01

8.5 Peruntukan projek : RM 194 976.00

8.6 Tempat projek : Lot No. 1585 & 1901 Mukim Batang Padang

8.7 Kos tapak Projek : RM 29 406.10

8.8 Tarikh projek siap : 9.5.1979

8.9 Projek digunakan : 5.2.1980

8.10 Lokasi projek : 1 Km dari Tapah Road menghala ke Tapah

9 Wujudnya nama SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZA’BA TAPAH ROAD

Dengan penggunaan bangunan baru ini sesi persekolahan dapat dijalankan pada sebelah pagi sahaja dengan menempatkan darjah 4,5 & 6 di bangunan ini. Darjah 1,2 & 3 ditempatkan di bangunan lama.

9.1 Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah ini telah mencadangkan nama-nama baru bagi sekolah ini. Dalam beberapa kali mesyuarat Lembaga Pengurusan, telah menimbangkan serta mengambil keputusan menamakan sekolah ini dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZA’BA TAPAH ROAD, PERAK.

9.2 Puan Zaharah Za’ba adalah waris kepada Pendita Za’ba yang telah memberikan persetujuan atas cadangan tersebut.

9.3 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui J. Pel. Pk. Telah juga membenarkan menukarkan nama Sekolah Kebangsaan Tapah Road kepada SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAH ROAD. Rujukan surat Bil. (101) dlm J. Pel. Pk. Pend. 120 bertarikh 6.4.1981.

9.4 Sejak tarikh 6.4.1981 sekolah ini dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZA’BA, TAPAH ROAD dan Kod sekolahnya ABA0002

10. Blok Baru Tiga Tingkat

10.1 Pada akhir tahun 1996. Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan blok 3 tingkat bangunan akadamik dan pentadbiran. Bangunan ini bernilai RM 1 225 840.00.

10.2 Sekolah kebangsaan Pendita Za’ba Kemudiannya dinaikkan taraf ke gred A pada tahun 1997 berdasarkan kriteria berikut iaitu jumlah pelajar, lokasi sekolah, dan sesi persekolahan. Dengan kenaikan taraf, sekolah telah dibekalkan dengan seorang Guru Besar bertaraf PPPBS DG4 dan tiga orang Penolong Kanan serta seorang Penyelia Petang yang bertaraf PPPBS DG5. Tiga orang Penolong Kanan terdiri daripada Penolong Kanan Pentedbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Jumlah pelajar setakat 30.6.1999 adalah 537 orang.

10.3 Bangunan akademik dan pentdbiran yang mula dibina pada tahun 1999 akhirnya siap pada mei 1999. majlis Penyerahan bangunan baru telah pun berlangsung pada 11 Mei 1999 oleh pihak JKR kepada PPD bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Mulai tarikh tersebut bangunan baru telah mula digunakan dengan menempatkan 12 bilik darjah,1 bilik gerakan, 1 bilik pejabat dan pentadbiran. Tandas murid laki-laki terletak di tingkat bawah manakala tandas murid perempuan serta guru-guru terletek di tingkat satu.

11 Dalam Kenangan

Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:

11.1 En. Md Ali

11.2 En. Abd Hamid bin Md Melaka

11.3 En. Hamzah

11.4 En. Zainal Abidin bin Ali

11.5 En. Abd Rashid

11.6 En. Abdul Shukur bin Husain

11.7 En. Ismail Shaid

11.8 En. Ibrahim Sulaiman

11.9 En. Abd Ghani bin Shamsuddin 05.01.58 – 31.05.64

11.10 En. Hashim bin Awang 01.06.64 – 26.05.73

11.11 En. Mohd Aris bin Amiruddin 21.08.73 – 31.11.82

11.12 En. Talha bin Abd Karim 01.12.82 – 15.05.89

11.13 En. Mahayuddin bin Abd Jalil 16.05.89 – 15.08.89

11.14 YM Raja Ahmat Fadzil R. Sharif 16.08.89 – 15.08.95

11.15 En. Baidzowi bin Hj. Mohd Taib PJK 16.08.95 – 02.07.99

11.16 En Hj Abidin bin Hj Sharif 03.07.99 – 01.07.2009

12. Guru besar wanita yang pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Perempuan Tapah Road.

12.1 Puan Aminah

12.2 Puan Hajjah Hitam bt Zakaria

12.3 Puan Lon bt Md. Ali

12.4 Puan Aishah bt Ibrahim

13. Cogan kata sekolah ILMU PANDUAN HIDUP

14. Falsafah sekolah BELAJAR, BERSUKAN, BERDISIPLIN,

BERDIKARI, BERJAYA DIRI

15. Lagu sekolah Ilmu Panduan Hidup

Itulah cogan kata semua

Ingatkan dan jadikan pedoman

Untuk masa hadapan

Tugas kita sebelum dewasa

Belajar dan berusaha

Tuntut ilmu hingga berjaya

Jadi rakyat berguna

Pada guru dan ibubapa

Kita hormati semua

Kepada raja dan Negara

Kita taat setia

16. Warna sekolah Merah dan Kuning

 

kulop ludin of skpz
sumber sejarah skpz nie datangnya daripada laman web rasmi sk pendita zaaba(dalam pembinaan).
laman rasmi tu di bawah kawalselia Ustaz Hamizun.

meh lawat2 laman tu di sini : klik2

2 responses to this post.

  1. Posted by Ieykin on 03/03/2010 at 7:41 pm

    Sape2 buleh tolong tak… Cikgu2 ke…. Nak gambar murid 5A UPSR 2006… Nak simpan buat kenangan la…

    Reply

  2. Posted by Ieykin on 03/03/2010 at 7:46 pm

    Sekolah nie makin hebat la.. I’m envy to those who study at skpz…o><o

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s