Posts Tagged ‘djaggat’

renungan bersama

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”

: “Kita bermula sebagai seorang yang baru.”

: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”

: “Jatidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala kejian juga.”

: “Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat.”

: “Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya.”

: “Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak.”

: “Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah.”

: “Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna.”

: “Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan.”

: “Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha.”

: “Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya.”

: “Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”

: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”

: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”

: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka
merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”

: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.”

: “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”

: “Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya.”

: “Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil.”

: “Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri.”

: “Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya.”

: “Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain.”

: “Hidup ini adalah keputusan diri sendiri.”

: “Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang.”

: “Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata.”

: “Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain.”

: “Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya.”

: “Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing.”

: “Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya.”

: “Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang
semua manusia patut miliki.”

: “Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati.”

Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi”

: “Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia mengetahui.”

: Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.” – Nur Kasih

: “Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh.”

: “Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit.”

: “Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh kerja hari ini untuk esok hari!”

: “Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan itu tidak bergelora.”

: “Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah.”

: “Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir.”

: “Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?”

: “Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan.”

: “Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat”

: “Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana.”

: “Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki.”

: “Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna.”

: “Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya.”

Imam al-Ghazali berkata: “RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa.”

“Do what you can with what you have right where you are.” – Henry Truman.

Kata-kata Pujangga: “Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya.”

Berkata seorang Ahli Sufi : “Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk takut kepadanya.”

It is not a mountain that we conquer but ourselves – Edmund Hillary

: ” Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?”

Berkata Ar-Rumi: “Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat.”

: “Kemenangan bermula dari dalam diri.”

Ibnu Mu’taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati.

: “Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula.”

Berkata Abu Sulaiman: “Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira) kerana kerinduan.”

: “Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita.”

Kata-kata Pujangga: “Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu
sehingga yang mustahil pun bisa terjadi.”

: “Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai
impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra.”

sumber:http://ratuepis.multiply.com/journal/item/22/KATA-KATA_PUJANGGA_BUAT_RENUNGAN_BERSAMA…

Advertisements

selangkah ke alam Malaysian Motorcycle Grand Prix 2009

baru2 ni salah seorang admin blog telah berjaya memboloskan dirinya untuk menyaksikan satu pertarungan hebat kuasa besar jaguh2 motosikal dunia di litar sepang.

djaggat di litar sepang

menurut beliau, perjalanan ke litar sepang dilakukan secara konvoi dan terpaksa berhenti2 di setiap tempat persinggahan bagi menikmati keindahan yang ada….

berikut adalah sedikit sebanyak koleksi gambar daripada beliau.

litar sepang
P1000873
P1000875

antara mereka yang hadir memeriahkan bangku penuntun!
menurut djaggat…. Valentino Rossi kirim salam kat orang kampung.

P1000872

resultnya yang ini kot……

550
2500
125

kulop ludin of skpz
bila dah pakai superbike…. jangan le ram2 kat kancil aku yea…

gambar2 adalah sumbangan djaggat belalang tempur!!

RIMUP 2009

Agak lama juga saya menyepi dalam arena blog memblog ni. bukan apa..semenjak dua menjak ni, ada aje benda nak kena buat..pegi situ la, sini la..hiii…payah beno nak rehatnyee… hmm..untuk kali ini saya bawakan anda 2 keping gambar RIMUP 2009. salah seorang peserta rimup sedang memperagakan pakaiannya dihadapan para jurisalah seorang peserta tertua rimup sedang memperagakan pakaiannya dihadapan para juriRimup 2009 Dua orang peserta yang gagal mendaftar sebagai model tetapi akhirnya terpilih sebagai juri..

skpz mengalu2kan kewujudan semula sir dapi

ya….. seperti yang di atas….. admin blog mengalu2kan wujudnya semula sir dapi di skpz setelah menghilang diri selama 3 bulan kerana melanjutkan ilmu di menara gading.

diharapkan beliau dapat meneruskan tugasan2 yang bakal menanti…..

SKPZ SAMBUTAN HARI GURU 2009

bersama sir dapi sewaktu ketika dahulu

Mengapakah Stadium Sultan Mizan, Terengganu runtuh?

Ada pelbagai teori dan versi yang diutarakan. tidak kurang juga dengan siasatan yang dijalankan oleh pihak berwajib.. akan tetapi di bawah ini ialah yang paling menarik perhatian aku…
Menurut Sumber Risikan CIA Stadium tersebut telah sengaja diruntuhkan oleh raksasa yang tidak berpuas hati dengan Ultromen kerana Ultromen telah mengadakan perhimpunan haram tanpa permit….. Yang paling membuatkan raksasa tersebut marah dan bengang adalah disebabkan oleh semua Ultromen tersebut telah memakai kostum pakaian dan warna pakaian yang sama .

Berikut adalah gambar yang telah dirakamkan semasa perhimpunan haram diadakan….

perhimpunan agung persatuan ultraman sedunia

perhimpunan agung persatuan ultraman sedunia


Oleh kerana ke engganan para Ultromen bersurai maka raksasa telah mengambil tindakan yang bagi pihak beliau adalah betul mengikut perlembagaan yang telah digubal… Xperlu g bersidang …. hentam dulu bicara kemudian…
ultraman di tibai

ultraman di tibai


indakan ini perlu dilakukan untuk meyuraikan perhimpunan haram tersebut.. Gambar ini telah dirakamkan semasa kejadian tersebut sedang berlaku.
bertekak pasai ayam dan telor...

bertekak pasai ayam dan telor...


Di suatu sudut yang tersorok, jurukamera telah berjaya menangkap gambar prepaidboss dan djaggat sedang bertekak mengenai ayam atau telor, yang mana keluar dulu?

Institut Perguruan Ipoh aka maktab perguruan ipoh


Institut Perguruan Ipoh, originally uploaded by Kulop Ludin.

Institut Perguruan Ipoh
gambar kiriman sir dapi sebagai pembakar semangat untuk menjadi kolej boy/girl……
Institut Perguruan Ipoh

Institut Perguruan Ipoh

Institut Perguruan Ipoh

Institut Perguruan Ipoh
dekat area2 sinila tempurung kanan lutot aku meletop, dah14 tahon tak baik2 lagi……

maktab perguruan ipoh perak mpip n5
dan apabila melihat gambar2 yang dikirim… teringat aku masa kat maktab tu dolo…..

apa khbar kawan2?

aku baru sudah buat satu tugasan dan ada agi 7 menyusul…so malam yang kian kelam ni, aku rasa nak merepekla kejap..meg47….gambo2 maktab telah ku shoot khas buatmu ulas cuma aku tak dan nak mail kat mu..jadinya, insyaallah hari cuti hujung mgu ni aku mail kat ngko…ko punye email prepaidboss@yahoo.com kan? mcmana budak2 d6?ada progress ke?bukan aku x nak p sekolah,cuma memang aku takde alasan..apakah alasan yang sesuai untuk ketiadaan alasan tersebut?perlukah aku mengalas pulasan yang berada di rumah pak hassan?aku pun tak tahu…..