Posts Tagged ‘guru’

Laporan KPI: Guru wanita saman pengetua RM228,000

KUANTAN 6 Okt. – Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000.

Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu.

Rozilah selaku plaintif yang diwakili peguam Balkish Alias menamakan pengetua sekolah tersebut, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani hari ini.

Hassan bagaimanapun menetapkan 5 November ini sebutan semula kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Guru berkenaan yang telah berkhidmat sejak 11 tahun lalu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan oleh defendan.

Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan KPI yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan.

”Pengetua itu turut memalukan saya di hadapan guru lain selain menuduh saya sengaja enggan mematuhi perintah.

”Malah, saaya tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketua saya itu,” dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasinya diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.

Ekoran tersebarnya laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu yang akan kekal sepanjang hayat.

Disebabkan laporan itu juga, dakwa Rozilah, kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.

Sehubungan itu, dia tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan selain memulihkan kembali reputasinya yang terjejas teruk.

somber: utusan malaysia

em…. kena pasang lawyer la lepas ni…… taklama lagi mesti ada skim guaman guru-guru malaysia…

Advertisements

percubaan upsr tahun enam

skpz peperiksaan percubaan tahun enam 2009

hari ni bermulalah satu lagi episod selangkah ke alam upsr…. percubaan upsr.

skpz peperiksaan percubaan tahun enam a1 2009  (2)

bersemangat murid2 tahun enam untuk menduduki peperiksaan percubaan ini…. ada yang sendawa2, mgkin terlebih minum ayor penerang hati kot… dan tak kurang juga yang memandang ke atas…berusaha mengingati nota2 ringkas yang telah dilekatkan di ruang maya.

haih…. bermacam2 jenis gelagat yang boleh kita tengok…. apapun aku yakin murid2 skpz pasti boleh menjawabnya dengan baik kerana….

skpz peperiksaan percubaan tahun enam a1 2009  (3)
semangat yang diterapkan oleh guru2 skpz memang sangat jitu dan terus terpanah dihati….

skpz peperiksaan percubaan tahun enam a1 2009
gambar hiasan. seorang guru sedang memikirkan nasib anak2 muridnya.


skpz raptai hari perpisahan gurubesar

ada pada hari ini…. skpz agak sibuk dengan raptai hari perpisahan tuan guru besar yang akan diadakan pada hari khamis nanti.

semua murid terlibat dalam menjayakan program ini. berpeluh2 la semua cekgu skpz namun begitu masing2 telah menjalankan tugasan yang diberi.

ada beberapa gambar yang telah aku snap untuk dikongsipandang bersama.

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

dan aku telah dipilih menjadi replika gurubesar, terasa macam masa memula kahwin la diarak ngan kompang siap ngan silat2 skali…. peh!!