Posts Tagged ‘kahwin’

Bung Moktar sah nikah Zizie, kata rakan MP

Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.

Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: “Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita.”

Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya, selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.

sumber: malaysiakini

semoga dema berdua aman bahagia…kalau betoi lea….
ikan di laut,asam di darat…… begitu lea pepatah melayu……..
bertuah badan wat MP kita tuh!!

‘Semuanya sudah selesai’


Bung Moktar (kiri) dan Zizie Ezette

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini berteka-teki mengenai perkahwinannya dengan pelakon Zizie Ezette, akhirnya mengesahkan perkara itu semalam.

Mengikut SMS yang dihantarnya, tindakan enggan mengulas lanjut mengenai isu itu dibuat kerana mahu menjaga hati isteri pertamanya.

“Seperti yang diketahui, perkara ini sudah banyak diperkatakan dalam akhbar. Apa-apa pun, semua urusan sudah selesai,” katanya ringkas.

baca lagi

Advertisements

BERNAMA – Poligami Tidak Selesaikan Masalah Ibu Tunggal – Wanita MCA

BERNAMA – Poligami Tidak Selesaikan Masalah Ibu Tunggal – Wanita MCA.

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Poligami tidak menyelesaikan masalah ibu tunggal yang memerlukan bantuan, kata Wanita MCA sebagai mengulas cadangan yang dibuat pemimpin wanita PAS baru-baru ini.

Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata banyak lagi cara lain yang boleh membantu ibu tunggal seperti mewujudkan pinjaman kredit mikro atau latihan kemahiran bagi membolehkan mereka berdikari.

Exco kerajaan negeri Kelantan Wan Ubaidah Omar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Rabu lepas secara berseloroh mencadangkan supaya setiap anggota Dewan diberi anugerah jika mengahwini ibu tunggal, terutama yang mempunyai anak-anak kecil.

Chew dalam kenyataannya hari ini berkata Wan Ubaidah boleh mencadangkan kerajaan negeri mengambil ibu tunggal yang memerlukan bantuan sebagai anak angkat dengan menyediakan bantuan kewangan dan pendidikan untuk anak mereka.

“Jika seseorang lelaki, terutama anggota Dewan jujur dalam membantu ibu tunggal, dia tidak akan mengharapkan sebarang bentuk imbuhan daripada kerajaan dengan berpoligami,” katanya.

Chew berkata tidak kira berapa umur ibu tunggal atau anak-anak mereka, selagi mereka berhak mendapat bantuan terutama yang mempunyai anak kecil, kerajaan perlu membantu mereka.

— BERNAMA

skpz raptai hari perpisahan gurubesar

ada pada hari ini…. skpz agak sibuk dengan raptai hari perpisahan tuan guru besar yang akan diadakan pada hari khamis nanti.

semua murid terlibat dalam menjayakan program ini. berpeluh2 la semua cekgu skpz namun begitu masing2 telah menjalankan tugasan yang diberi.

ada beberapa gambar yang telah aku snap untuk dikongsipandang bersama.

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

skpz raptai hari perpisahan guru besar tuan haji abidin

dan aku telah dipilih menjadi replika gurubesar, terasa macam masa memula kahwin la diarak ngan kompang siap ngan silat2 skali…. peh!!