Posts Tagged ‘Kementerian Pelajaran’

Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri

PUTRAJAYA 16 Sept. — Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. – Bernama

apakah ini bermakna kita semua akan bercuti tanpa perlu diganti?
terimakasih kepada kementerian pelajaran sekali lagi…..

Utusan Malaysia Online – Terkini

Shared via AddThis

Advertisements

Sekolah dibenar cuti ganti…. balik kampung….



balik kampung, originally uploaded by awan™ -bz till raya-.


Kementerian Pelajaran telah membenarkan sekolah untuk mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti pada hari jumaat(bagi sekolah yang last day hari tu) dan hari khamis bagi sekolah yang last daynya hari khamis…area2 kedah sebagai contoh.

Tujuan murni Kementerian Pelajaran ini adalah kerana ingin memberi ruang kepada persediaan pulang ke kampung oleh ibubapa. Pada masa yang sama, keputusan ini diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas perjalanan maklumlea…. bila time raya… baru le ramai orang sedar ibubapa di kampung….

Namun begitu… kalau sekolah dah takde cuti peristiwa makanya hendaklah sekolah itu menggantikan 1 hari pada 31 oktober 2009….. Jadinya… cuti tambahan ini tidak menganggu jumlah hari persekolahan. Sungguh bijak Kementerian Pelajaran, tahniah.

So, tunggu apa lagi? takkan nak balik kampung bawak tentera jea…. beli le apa patot… kuih2 ke… muih2 ke…. beskot2 raya ke…. tak paham2 lagi?

Dikesempatan ini, admin dan rakan2 anchors mengucapkan selamat hari raya buat semua warga SKPZ dan pengunjung blog nie…. Andaikata ada tersalah bahasa… harap diampunkan..lagipun, korang pun bukannya baik sangat…. sama le kita…..

untuk baca siyes: berita harian

konten asal : Oleh Norfatimah Ahmad
bhnews@bharian.com.my

gambar dari koleksi : awan_photopalace

Kementerian Pelajaran akan mengedarkan alat mencegah jangkitan virus Influenza A (H1N1)

JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran akan mengedarkan alat mencegah jangkitan virus Influenza A (H1N1) ke semua sekolah, membabitkan peruntukan RM3.6 juta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) bagi mengedarkan termometer, topeng muka dan hidung serta cecair penyahkuman.

“Ini langkah terbaik dalam usaha kementerian mencegah H1N1. Pemakaian topeng muka dan hidung serta bahan penyahkuman juga merupakan sebahagian latihan kebersihan di kalangan murid,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat perkembangan H1N1, di Jabatan Pelajaran Johor, di sini, hari ini.

Wee berkata Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran sudah meluluskan peruntukan terbabit dan semua Jabatan Pelajaran Negeri dijangka menerima peralatan itu dalam masa terdekat untuk diedar ke sekolah-sekolah.

sumber: blog skdk