Posts Tagged ‘ROKOK’

HARGA ROKOK MINIMA 1 JANUARI

sebelum aku ke sana ke mari tadi… maka terselaklah aku pada satu surathabor jadinya aku tertarik dengan satu artikel seperti di bawah.

ya… harga minimum rokok telah ditetapkan bermakna harga rokok takleh rendah melainkan rokok seludup dan rokok cap ayam.

merokok tidak baik untuk kesihatan. itu memang nyata…

seperti gambar di bawah….

dont break my heart!!

don't break my heart part1

katakan tak endak pada rokok!

ingatilah orang tersayang.

mana ada rokok milik bumiputera…. milik yahudi memang nyata!!

TIADA ROKOK PEK KECIL BAGIMU!!

´╗┐Penjualan Paket Rokok Kurang 20 Batang Dilarang Mulai 1 Jun

KUALA LUMPUR: Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejajar dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran.

“Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan ke atas perkara ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang rokok mulai 1 Jun 2010,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata keputusan itu telah dipersetujui oleh semua syarikat rokok dan kerajaan berterima kasih di atas sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat tersebut.

“Larangan pengilangan dan penjualan rokok paket rokok yang mengandungi kurang dari 20 batang sebenarnya telahpun diwartakan pada 23 Sept 2004 melalui peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan tersebut telah ditangguhkan selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok,” katanya.

Liow berkata sehubungan dengan penguatkuasaan itu, sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun.

kulop ludin of skpz
uhuk2…… jangan merokok pek kecik!!! uhuk2….