Posts Tagged ‘skpz’

skpz meeting for 2010

pagi tadi meeting kali pertama telah diadakan di skpz. mesyuarat yang dipengerusi oleh puan gurubesar.

segala aspek telah disentuh. semua angguk2…tanda faham termasuk aku.

antara yang menarik…

1. kehadiran 2 orang guru bertugas di skpz. selamat datang diucapkan kepada mereka. nama mereka aku lupa lak… nenanti aku updatekan.

2. kehadiran semula puan hajjah maznah… dah dapat title hajjah.. semoga kehidupan beliau lebih ceria.

berikut adalah beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.

SKPZ UPSR 2009

TAHNIAH KEPADA 11 ORANG MURID YANG MENDAPAT 5A!!

skpz upsr 2009

PUTRAJAYA: Pencapaian calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini meningkat 0.32 peratus apabila 48,171 calon memperolehi gred A atau cemerlang bagi semua mata pelajaran berbanding 46,641 calon pada tahun sebelumnya.

Baki 319,336 calon memperolehi minimum gred C atau baik bagi semua mata pelajaran dan 3,266 lagi calon memperolehi gred E bagi semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pencapaian itu diukur berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) yang menggunakan indeks cemerlang (semua A), baik (minimum C) dan sangat lemah (semua E).

“GPN adalah indeks yang digunakan bagi merumus pencapaian keseluruhan calon dalam peperiksaan serta ia dihitung berdasarkan lima gred pernyataan iaitu gred A (satu), B (dua), C (tiga) dan D (empat) dan E (lima).

“GPN dengan nilai terbaik bermula dari satu diikuti dua, tiga, empat dan terendah adalah lima,” katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini, pagi tadi.

Seramai 517, 908 calon berdaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR tahun ini yang berlangsung dari 8 hingga 10 September lalu.

Daripada jumlah itu, 510, 125 adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran manakala 7,783 adalah calon sekolah swasta.

Beliau berkata, pencapaian calon luar bandar juga menunjukkan peningkatan, malah jurang pencapaian antara murid bandar dan luar bandar semakin berkurangan.

“Perbezaan bilangan calon bandar dan luar bandar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran tahun ini ialah 3.64 peratus atau 14, 980 calon berbanding 4.22 peratus atau 16,241 calon tahun lalu.

“Begitu juga dengan perbezaan nilai GPN bagi murid di kawasan bandar dan luar bandar bagi tahun ini adalah lebih kecil iaitu 0.2 berbanding 0.22 pada tahun sebelumnya,” katanya.

Alimuddin juga berkata, seramai 1,086 calon istimewa mengambil UPSR tahun ini iaitu dua kali ganda berbanding 664 calon

tahun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, 13 calon memperoleh gred A bagi semua matapelajaran, 11 (gred C) dan 59 (gred E) dengan jumlah keseluruhan nilai GPN sebanuak 3.75 mata berbanding 3.71 mata tahun lalu.

Alimuddin berkata, secara keseluruhan keputusan UPSR itu menunjukkan sistem pendidikan negara berada di landasan betul kerana ia lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“UPSR dilaksanakan bertujuan mengukur tahap penguasaan murid dalam membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).

“Maklumat yang diperolehi ini dapat dijadikan petunjuk sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran yang ditawarkan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah,” katanya.

BERITA HARIAN

skpz lady biker masuk utusan

12858_104391212906395_100000065490574_121272_2658638_n


salah seorang warga skpz telah masuk paper utusan, gambar diambil masa teacher tu mengikuti kursus bestari selama sebulan di maktab ipoh…nama barunya aku lupa lak…….

gambarnya dapat aku godek2 kat facebook…..

blog lady biker tu ada kat sbelah… aku dah watkan link ke blog dia……. teacher ni minat pada motor2 besor! jadinya bukan setakat minat gitu malahan telahpun mempunyai sebuah big bikenya sendiri…. aku tengah nunggu dia updatekan blognyea….

kulop ludin of skpz
*impian ber big bike memang ada…. cuma tak tercapai jea!!

skpz no internet no vitamin

271020093342

skpz no internet no vitamin….. adapon seperti gambor di atas… skpz akan sekali lagi dinaikkan taraf ict tahap kabuputen!!jadinya dalam 2/3 minggu nie…. tiada lah adanya line tenet…..
jangan diperdulikan signal wifi kat laptop korang tuh… walopon penuh bar… tapi tiada ada gunanya….

kulop ludin of skpzkiranya korang nampak aku bersama pokok kelapa…anggapla aku sedang berbicara tentang internet….

terkini

kemungkinan senin nanti dah ada balik link internet kita.
terimakasih kepada penyeraras makmal komputer kita staz hamizun kerana bersusah payah kontek sana sini (sana situ sini sana siti) demi memastikan kita boleh berinternet kerana sistem sekarang banyak memerlukan penggunaan internet…. moh kita sesakkan dat a SISPOL batang padang…..
isi jangan tak isi!!

SKPZ PKSR 2/2009

kulop ludin of skpz, originally uploaded by Kulop Ludin.

pesanan mesra daripada admin skpz.wordpress.com (unofficial blog made easy)

skpz majlis persaraan guru besar dan hari keluarga

skpz majlis persaraan guru besar dan hari keluarga

skpz peperiksaan percubaan tahun enam 2009

selamat menjawab soalan pksr 2 dan lakukan yang terbaik.

khas buat semua bakal menteri2…doktor2…. dan para ilmuan yang masih lagi kecil tapi pintar di skpz…….

sayang ibu

mother and son

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu – PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

“Saya Sayangkan Ibu”.
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada
mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? – Who’s next? My mother! Who’s
next? My Mother!

Jika kamu menyayangi ibumu, “forward”kanlah komen ini
kepada sahabat-sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10 lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu dan
juga semua orang!

sAyAnGiLa IbU aNdA..

thanks frozenZamurai skb3

RIMUP 2009

Agak lama juga saya menyepi dalam arena blog memblog ni. bukan apa..semenjak dua menjak ni, ada aje benda nak kena buat..pegi situ la, sini la..hiii…payah beno nak rehatnyee… hmm..untuk kali ini saya bawakan anda 2 keping gambar RIMUP 2009. salah seorang peserta rimup sedang memperagakan pakaiannya dihadapan para jurisalah seorang peserta tertua rimup sedang memperagakan pakaiannya dihadapan para juriRimup 2009 Dua orang peserta yang gagal mendaftar sebagai model tetapi akhirnya terpilih sebagai juri..