Posts Tagged ‘tapah’

pendaftaran pra sekolah datuk kelana tapah sesi 2010

hari ni, aku ke sk datuk kelana bagi menguruskan pendaftaran pra sekolah anak aku.

sedor tak sedor udah nak masuk tahun ke dua anak aku di sana.

anak aku sekali lagi akan bersama dengan guru pranya iaitu cikgu sanusi.

semoga cikgu sanusi akan bersabar ngan anak2 muridnya yang kian besar… makin lama makin banyak akal dema!

berikut adalah beberapa keping gambor yang aku dan anak aku tangkap…

pra sk datuk kelana tapah

pra sk datuk kelana tapah cikgu sanusi di sebelah kanan sekali.

pra sk datuk kelana tapah anak aku snap gambar nie…

pra sk datuk kelana tapah semua khusuk termasuk orang umah aku!

makluman,minggu depan akan bermula pra …

skpz pra pksr2 2009

makluman,

minggu depan akan bermula pra upsr/pksr bagi semua warga skpz.

selamat menjawab soalan2 bermutu daripada kami.

picture of the month

gambor bunga raya aku telah dipilih sebagai picture of the month.

agaknya orang putih gemor bunga raya kot…..

gambar seperti di bawah…..

hibiscus gambar ni aku snap  masa tengah nunggu orang umah balik keje……bukan dapat hadiah apa2…. tapinya, ada beribu gambor bunga raya satu dunia hantar, tapi dema pilih gambor aku…. huhu…. kena belajor banyak lagi pasal potogerapi!!

ini dia link ke group flickr! tengok sini!!

skpz pengakap kanak-kanak

skpz pengakap kanak-kanak

skpz pengakap kanak-kanak, originally uploaded by Kulop Ludin.

esok sekali lagi perkhemahan pengakap akan diadakan di kuala woh…
perkhemahan 6 sekawan.

dua orang guru akan terlibat iaitu sir ibrahim dan sir hasril.
admin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan perkhemahan tersebut.

memang aktif team2 pengakap Batang Padang…..

antara orang kuatnya adalah seperti di bawah…

SKPZ PERKHEMAHAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2009 versi Djaggat

SKPZ PERKHEMAHAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2009 versi Djaggat

gambar yang disertakan di atas tu bukanlah gambar peserta perkhemahan nanti.. ianya sebagai gambar perhiasan…

restoren ayam herbal

tadi petang aku pegi makan satay kajang jualan bidor di restoran ayam herbal… area2 jalan ke mana ntah nak nyebutnya…

yang aku tau jalan nak ke masuk hway bidor…. apapon aku dah sesat ckit sebab masa aku kuor ikot hway bidor dari tapah… bebetoi lepas bayor tol rm2.. dpn sikit kat simpang, buta2 jea aku balas kanan….. padahal kedai dah depan mata…

restoran ayam herbal bidor

timakasih kepada sir dapi yang memberi panduan tunjuk arah terus aku parking dpn kedai itu…… ya… satay ciken… iyolah.. kalau dah namanya satay ciken takkan jadi satay itik atau sebagainya… namun begitu aku dapati ada sedikit kelainan pada satay ciken dan daging kali ini…

bidor restaurant ayam herbal

apabila satay2 itu menyentuh bibir mulus ini… tak semena2 aku merasakan ada semacam satu perasan terbit dari dalam hati… terasa seolah2 aku sedang menikmati hidangan yang mak aku sajikan… peh… setiap lidiz aku habiskan satu persatu dan setiap kali itu juga perasaan terhadap kampung halaman meronta2 sampailah lidiz yang ke 10…. baru aku sedar satu cucuk satay tuh harganya 6 posen…. jadinya aku berpijak di bumi nyata semula…. so, kalau rasa2 memang lapor macam boleh habiskan sekor kuda…. nak makan satay ni sebagai main dish tak beberapa sesuai….

dan apakata kita cuba mee hailamnya….

restoran ayam herbal bidor

mee hailamnya, kuah power tul…. ada rasa2 mcm seasoning mee dan uniknya…. kita dapat merasakan seolah2 kita menikmati dua tiga jenis masakan mee dalam satu pinggan. campuran rasa yang telah diolah adun rapi…..kepada suami2 mithali, jangan sesekali bandingkan masakan orang umah kita dengan mee hailam nie… tak terjangkau pikiran mereka nanti…..

spkz perjumpaan pertama bersama GB

adapon tghari tadi warga skpz berkesempatan untuk bersuai kenal dengan GB baru yang menggantikan Tuan Haji Abidin yang telah bersara.

meting with new GB

masing-masing begitu khusuk mendengar ucaptama daripada GB.. Tak pasti le samada betoi2 khusuk atau buat2 khusuk… huhu…

the anchors are listening well!

memang tak berpaling ke mana2 dah…. aku pon sama.. siyes jea…..

hocus focus

aku memang siyes apabila mendengar…. aku cuba cuba beri tumpuan 101%!
Baiklah, aku perkenalkan Guru Besar baru skpz….. Puan Hajjah Norbiaah Binti Haji Sulaiman, bertukar dari sk Tapah ke SKPZ kami….

aku perkenalkan Puan Hajjah kepada semua.

a meeting with our new GB

kami, editor2 skpz’s blog mengucapkan selamat datang ke sekolah kebangsaan pendita zaaba… moga dapat bekerjasama dengan baik……

new gb

oleh:
kulop ludin

percubaan upsr tahun enam

skpz peperiksaan percubaan tahun enam 2009

hari ni bermulalah satu lagi episod selangkah ke alam upsr…. percubaan upsr.

skpz peperiksaan percubaan tahun enam a1 2009  (2)

bersemangat murid2 tahun enam untuk menduduki peperiksaan percubaan ini…. ada yang sendawa2, mgkin terlebih minum ayor penerang hati kot… dan tak kurang juga yang memandang ke atas…berusaha mengingati nota2 ringkas yang telah dilekatkan di ruang maya.

haih…. bermacam2 jenis gelagat yang boleh kita tengok…. apapun aku yakin murid2 skpz pasti boleh menjawabnya dengan baik kerana….

skpz peperiksaan percubaan tahun enam a1 2009  (3)
semangat yang diterapkan oleh guru2 skpz memang sangat jitu dan terus terpanah dihati….

skpz peperiksaan percubaan tahun enam a1 2009
gambar hiasan. seorang guru sedang memikirkan nasib anak2 muridnya.