Posts Tagged ‘upsr’

SKPZ UPSR 2009

TAHNIAH KEPADA 11 ORANG MURID YANG MENDAPAT 5A!!

skpz upsr 2009

PUTRAJAYA: Pencapaian calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini meningkat 0.32 peratus apabila 48,171 calon memperolehi gred A atau cemerlang bagi semua mata pelajaran berbanding 46,641 calon pada tahun sebelumnya.

Baki 319,336 calon memperolehi minimum gred C atau baik bagi semua mata pelajaran dan 3,266 lagi calon memperolehi gred E bagi semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pencapaian itu diukur berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) yang menggunakan indeks cemerlang (semua A), baik (minimum C) dan sangat lemah (semua E).

“GPN adalah indeks yang digunakan bagi merumus pencapaian keseluruhan calon dalam peperiksaan serta ia dihitung berdasarkan lima gred pernyataan iaitu gred A (satu), B (dua), C (tiga) dan D (empat) dan E (lima).

“GPN dengan nilai terbaik bermula dari satu diikuti dua, tiga, empat dan terendah adalah lima,” katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini, pagi tadi.

Seramai 517, 908 calon berdaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR tahun ini yang berlangsung dari 8 hingga 10 September lalu.

Daripada jumlah itu, 510, 125 adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran manakala 7,783 adalah calon sekolah swasta.

Beliau berkata, pencapaian calon luar bandar juga menunjukkan peningkatan, malah jurang pencapaian antara murid bandar dan luar bandar semakin berkurangan.

“Perbezaan bilangan calon bandar dan luar bandar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran tahun ini ialah 3.64 peratus atau 14, 980 calon berbanding 4.22 peratus atau 16,241 calon tahun lalu.

“Begitu juga dengan perbezaan nilai GPN bagi murid di kawasan bandar dan luar bandar bagi tahun ini adalah lebih kecil iaitu 0.2 berbanding 0.22 pada tahun sebelumnya,” katanya.

Alimuddin juga berkata, seramai 1,086 calon istimewa mengambil UPSR tahun ini iaitu dua kali ganda berbanding 664 calon

tahun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, 13 calon memperoleh gred A bagi semua matapelajaran, 11 (gred C) dan 59 (gred E) dengan jumlah keseluruhan nilai GPN sebanuak 3.75 mata berbanding 3.71 mata tahun lalu.

Alimuddin berkata, secara keseluruhan keputusan UPSR itu menunjukkan sistem pendidikan negara berada di landasan betul kerana ia lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“UPSR dilaksanakan bertujuan mengukur tahap penguasaan murid dalam membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).

“Maklumat yang diperolehi ini dapat dijadikan petunjuk sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran yang ditawarkan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah,” katanya.

BERITA HARIAN

Advertisements

Dua calon miliki simptom H1N1 duduki UPSR esok

TERBACA DI BERITA HARIAN ON9……

KUALA LUMPUR: Dua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masing-masing dari Johor dan Pulau Pinang, yang mempunyai gejala jangkitan Influenza A (H1N1), bakal menduduki peperiksaan itu di hospital di negeri berkenaan, serentak dengan 517,906 calon lain di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata beberapa petugas peperiksaan akan ditempatkan di hospital yang menempatkan murid berkenaan ketika mereka menduduki peperiksaan itu. Beliau berkata persediaan untuk dua calon itu adalah antara langkah diambil Kementerian Pelajaran bagi mengawal penularan H1N1 di kalangan calon yang menduduki UPSR tahun ini di 8,289 pusat peperiksaan seluruh negara. “Selain itu, Kementerian Pelajaran memperuntukkan kira-kira RM5 juta untuk menyediakan kelengkapan seperti topeng mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman tangan dan alat jangkasuhu untuk calon UPSR sebelum mereka menduduki peperiksaan itu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata bilik pengasingan juga disediakan di setiap pusat peperiksaan dan calon yang dikenal pasti mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius ketika saringan, perlu menduduki peperiksaan di bilik berkenaan. “Bilik pengasingan itu jauh dari dewan utama peperiksaan dan mereka akan diawasi oleh beberapa petugas,” katanya.

MORE HERE

percubaan upsr tahun enam

skpz peperiksaan percubaan tahun enam 2009

hari ni bermulalah satu lagi episod selangkah ke alam upsr…. percubaan upsr.

skpz peperiksaan percubaan tahun enam a1 2009  (2)

bersemangat murid2 tahun enam untuk menduduki peperiksaan percubaan ini…. ada yang sendawa2, mgkin terlebih minum ayor penerang hati kot… dan tak kurang juga yang memandang ke atas…berusaha mengingati nota2 ringkas yang telah dilekatkan di ruang maya.

haih…. bermacam2 jenis gelagat yang boleh kita tengok…. apapun aku yakin murid2 skpz pasti boleh menjawabnya dengan baik kerana….

skpz peperiksaan percubaan tahun enam a1 2009  (3)
semangat yang diterapkan oleh guru2 skpz memang sangat jitu dan terus terpanah dihati….

skpz peperiksaan percubaan tahun enam a1 2009
gambar hiasan. seorang guru sedang memikirkan nasib anak2 muridnya.