suatu masa dulu di srk methodist tanjung rambutan


TANJUNG RAMBUTAN RAILWAY STATION

sk methodist terletak berhampiran simpang gate keretapi menghala ke hospital bahagia.


suatu masa dolo (1979-1984) aku bersekolah di sekolah rendah methodist tanjung rambutan…..

aku tak pasti berapa ramai murid pada masa tu… maklumlea mana nak ambek tau semua…. yang nampak cuma apa yang ada dikelas tu jea…..

pembahagian kelas pun mudah jea…. kelas S/R/K/M.. kelas S untuk memurid pandai, kelas R untuk pertengahan dan yang lelainnya ikut level murid juga….. Rata2nya aku dikelas R…. huhu….

macam2 berlaku semasa berada di sekolah ini…. tapi yang menjadi fokus aku adalah… bagaimana kami belajar dan bergaul dalam satu keluarga yang berlatarbelakangkan agama dan bangsa yang berbeza.

melayu,cina,sikh, india dan mgkin ada bangsa2 lain lagi telah mencorakkan srk methodist tanjung rambutan. memang menyeronokkan kerana pergaulan bersama bangsa lain yang telah dipupuk dari kecik lagi membolehkan satu perasaan memahami dan menghormati antara satu sama lain.

bila dah ramai2 gitu, gaduh kanak2 tetap berlaku juga…maklumlea kalau dah ramai2 camtu pasti berlaku perkara sebegini namun begitu ianya adalah sangat terpencil dan apabila dikenang semula, menerbitkan kuntum senyuman..

kebiasaanya yang jadi perang mulot adalah hamburan2 begini…. yang melayu mengata india…. dan sebaliknya…. akhirnya…..

pada keesokkan harinya… kami berjumpa semula… ketawa. menghormati dan memahami antara satu sama lain….

kulop ludin of skpz
kopi tanpa gula takkan sedap… percayalah.… percayalah.


KUALA LUMPUR 28 Okt. – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu. Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan. ‘‘Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia wajar dijadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah. ‘‘Dalam konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama,’’ katanya ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan. ‘‘Sistem pendidikan kita sekarang ini seperti landasan kereta api yang akhirnya tidak ada titik pertemuan dan itulah yang pernah dibangkitkan oleh Profesor Kay Kim sebelum ini,’’ katanya. Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai. ‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.

Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.

Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.

‘‘Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah,’’ katanya.

 

 

Muhyiddin supports single stream in schools

Published: Thursday October 29, 2009 MYT 1:59:00 PM
Updated: Thursday October 29, 2009 MYT 2:00:22 PM

KOTA TINGGI: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin personally supports the call for single stream schools to promote unity and the 1Malaysia concept.

He, however, said the issue required feedback from many quarters before it can be implemented.

Muhyiddin was commenting on the issue that was brought up in the Dewan Rakyat on Wednesday.

Bernama had reported Hamim Samuri (BN-Ledang) urging the Government to restructure the education system including introducing single stream schools to achieve racial unity.

He had said that the current multi-stream schooling system did not help people understand the meaning of unity or the 1Malaysia concept promoted by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He had added that the present system should be restructured where all secondary schools would be in a single stream, thus placing all races under one roof.

“The multi-stream schools can be retained at the primary level. The Government can take over and upgrade the secondary schools,” he said when debating the Supply Bill 2010 here Wednesday.

Datuk Ab Halim Ab Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) agreed, saying that a study showed that the present education system had no objectives for the well-being of the people.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) also agreed that all multi-stream schools be united into a single stream at secondary level so that racial unity could be achieved.

He said the single stream schooling system had been mooted by historian and academician Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

31 oktober 2009

19:59 PM berita harian

MIC, MCA tak setuju sistem pendidikan satu aliran

KUALA LUMPUR: MIC dan MCA menentang cadangan melaksanakan sistem pendidikan satu aliran, dengan mengatakan bahawa sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang tidak akan menghalang usaha ke arah mewujudkan perpaduan nasional.Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata, sekiranya cadangan itu dikemukakan dalam usaha menjalin perpaduan kaum, ada banyak cara lain lagi untuk melakukannya dan bukan melalui sistem pendidikan satu aliran.

“Bagi sekolah Tamil, pelajar (India) akan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak daripada kaum lain apabila mereka memasuki sekolah menengah,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan cek bernilai RM1 juta kepada lebih 50 kuil Hindu, di sini.

Samy Vellu mengulas mengenai isu itu yang dibangkitkan baru-baru ini oleh tokoh akademik dan sejarawan, Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim.

Beberapa Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang menyokong sistem satu aliran itu ketika di Dewan Rakyat pada Rabu lalu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau mahu semua pihak supaya meneruskan perbincangan mengenai perkara itu supaya semua cadangan berhubung perkara itu boleh diteroka.

Samy Velly berkata sistem sekarang berjalan dengan baik, sambil menambah adalah tidak wajar untuk “menjolok sarang tebuan” apabila persetujuan telah pun dicapai semasa Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri bahawa sekolah jenis kebangsaan akan dilindungi dan dibenarkan wujud.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berpendapat sistem persekolahan pelbagai aliran patut diteruskan kerana ia tidak akan menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

“Ia bukan penghalang kepada perpaduan nasional, sebaliknya bantu menerapkan semangat bersatu padu di kalangan masyarakat majmuk,” kata Wee kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemuda MCA di Wisma MCA hari ini.

Dr Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata walaupun bahasa pengantar di sekolah pelbagai aliran bukannya bahasa kebangsaan namun ia tidak menggugat pelajar untuk menghayati konsep 1Malaysia. – Bernama

 

kulop ludin of skpz
perlu dihalusi lagi konsep 1malaysia 1aliran nampak gayanya…

4 responses to this post.

  1. Posted by rohani hamid on 25/10/2010 at 10:34 am

    sy ex students 1979-1984 .memang seronok belajar di sk methodist tg rambutan.bnyk kenangan especially bersama anak2 anggota pph ulu kinta. rindu sgt ……….. ada seorg guru pjk yg selalu pakai short. smpai sekrng ingt gayanya. now i’m 40 yrs old and i’m a teacher now

    Reply

  2. Posted by faie on 24/02/2011 at 2:32 pm

    dulu saya pn sekolah kt sini.. (1983-1986)pengalaman org gila terlepas dr hospital dtg ke sekolah…. siap kitorg menyorok bawah meja … hehehehe

    Reply

  3. Posted by bury on 22/03/2011 at 1:22 am

    saya skolah sini dulu!!!!!!!!!!!!!!! yea! rindu zaman sekolah

    Reply

  4. Saya juga pernah sekolah disini dari tahun 1974-1979. Mmg seronok n banyak cerita nya , setahun dua dulu aku ada melawat sekolah ni tapi sedih juga tgk sekolah ni tak ada banyak pembangunan , kawasan sekolah menjadi semakin kecil sebab kawasan di gereja tu telah diambil. Ada aku letakkan gambar di blog aku. Batu di toilet yg menyeramkan tu masih ada lagi….Sukan di padang Majlis…gaduh mulut biasa le ..anak2 attendant dgn anak polis…hahaha rindu nak jumpa kawan2 lain.

    Reply

Leave a comment