Archive for December, 2009

gula naik 2 posen lagi.

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

berita harian


memang patot naik… memang dah jadi tanggungjawab rakyat bantu gomen untuk kuorkan 2 posen tu…

pendaftaran pra sekolah datuk kelana tapah sesi 2010

hari ni, aku ke sk datuk kelana bagi menguruskan pendaftaran pra sekolah anak aku.

sedor tak sedor udah nak masuk tahun ke dua anak aku di sana.

anak aku sekali lagi akan bersama dengan guru pranya iaitu cikgu sanusi.

semoga cikgu sanusi akan bersabar ngan anak2 muridnya yang kian besar… makin lama makin banyak akal dema!

berikut adalah beberapa keping gambor yang aku dan anak aku tangkap…

pra sk datuk kelana tapah

pra sk datuk kelana tapah cikgu sanusi di sebelah kanan sekali.

pra sk datuk kelana tapah anak aku snap gambar nie…

pra sk datuk kelana tapah semua khusuk termasuk orang umah aku!

Facebook | Dr. Mahathir bin Mohamad: MiG-29

Facebook | Dr. Mahathir bin Mohamad: MiG-29.

1. Saya dengar pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia sudah tidak dapat digunakan lagi. Jika saya tidak silap umur pesawat ini kurang daripada 20 tahun.

2. Banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini. Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun? Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?

3. Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang.

4. Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

5. Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

6. Saya percaya ada cara untuk baikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain. Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

7. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang.

8. Pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk beli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat.

9. Mereka tidak beri “source code” yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja.

10. Saya harap keputusan untuk kondem MiG-29 dibatal dan kita baikpulih pesawat ini.

HARGA ROKOK MINIMA 1 JANUARI

sebelum aku ke sana ke mari tadi… maka terselaklah aku pada satu surathabor jadinya aku tertarik dengan satu artikel seperti di bawah.

ya… harga minimum rokok telah ditetapkan bermakna harga rokok takleh rendah melainkan rokok seludup dan rokok cap ayam.

merokok tidak baik untuk kesihatan. itu memang nyata…

seperti gambar di bawah….

dont break my heart!!

don't break my heart part1

katakan tak endak pada rokok!

ingatilah orang tersayang.

mana ada rokok milik bumiputera…. milik yahudi memang nyata!!

takziah buat sir johari

Skpz sir johari

sir johari

admin blog merakamkan ucapan takziah kepada salah seorang warga skpz iaitu Sir Johari dan keluarga atas pemergian bonda tercinta  beliau pada pagi tadi jam 6.30 pagi.

*terima kasih kepada sir rashid atas info tersebut.

Facebook | Dr. Mahathir bin Mohamad: FORM ROYAL PROBE ON DR M’S SQUANDERING

Facebook | Dr. Mahathir bin Mohamad: FORM ROYAL PROBE ON DR M’S SQUANDERING.

INFO DAPAT DARI FACEBOOK TUN MAHATHIR.

1. I welcome Lim Kit Siang’s proposal for Najib to set up a royal commission on whether I burned RM100 billion on grandiose projects and corruption during my 22-year reign.

2. Such a commission should not be made up of Government nominees but should have as members impeccable people including foreigners and members of Transparency International.

3. The commission should not confine to one Prime Minister only but to Tun Abdullah Badawi’s regime.

4. It should include how RM270 billion of Petronas money paid during Abdullah’s five-year term was spent; what projects were financed by this huge fund and the cost of all these projects.

5. It should include how much money was lost due to the cancellation of the crooked bridge and the Johore Baru to Padang Besar railway.

6. What is the cost over-run in the construction of the Bakun Hydroelectric project.

7. The financing of the second Penang Bridge and the procedure followed when giving out this contract.

8. I also agree with Lim Kit Siang that the investigation would reflect Najib’s commitment to “combating corruption”.

9. In order that the enquiry by the commission would be successful, Government must give the undertaking to give full access to the commission of all the documents and accounts of the Government over the period 1981-2009. There should be no cover-up of any kind.

10. Barry Wain must provide documentary proof of any sum that he alleged I had burned.

11. I will co-operate fully with the commission.

12. Depending upon the result of the commission, I reserve the right to sue Barry Wain, Lim Kit Siang and Malaysiakini.com for libel for a sum to be disclosed later.

13. If the Government is witholding the book: “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times”, I would request that the book be released forthwith. I am not in need of Government protection.

Bung Moktar sah nikah Zizie, kata rakan MP

Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.

Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: “Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita.”

Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya, selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.

sumber: malaysiakini

semoga dema berdua aman bahagia…kalau betoi lea….
ikan di laut,asam di darat…… begitu lea pepatah melayu……..
bertuah badan wat MP kita tuh!!

‘Semuanya sudah selesai’


Bung Moktar (kiri) dan Zizie Ezette

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini berteka-teki mengenai perkahwinannya dengan pelakon Zizie Ezette, akhirnya mengesahkan perkara itu semalam.

Mengikut SMS yang dihantarnya, tindakan enggan mengulas lanjut mengenai isu itu dibuat kerana mahu menjaga hati isteri pertamanya.

“Seperti yang diketahui, perkara ini sudah banyak diperkatakan dalam akhbar. Apa-apa pun, semua urusan sudah selesai,” katanya ringkas.

baca lagi

Pengecualian bayaran bil elektrik RM20 ke bawah

Pengecualian bayaran bil elektrik RM20 ke bawah kekal hingga Disember 2010

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengumumkan pengecualian pembayaran bil elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah kekal sehingga Disember 2010, kata menterinya, Datuk Peter Chin Fah Kui di sini, sebentar tadi.

baca lagi


em….. berapa keratla guna bawah rm20…. up le lagi…… keluar le statistik, berapa ramai guna rm50 ke bawah kemdian bagi le rebet…… takkan nak ajor benda2 camnie…..

maal hijrah

masjid an nur bt 8 ulu kinta perak

sabtu lepas aku berkesempatan duduk di masjid mendengar ceramah perdana yang disampaikan oleh yang berbahagia dato’ haji hassan din al-hafiz yang datang ke masjid an nur batu 8 ulu kinta.

adapun, aku ni bukanlah jenis rakan2 masjid… tak berapa pandai dalam hal2 agama… namun begitu… aku belajor sedikit demi sedikit…(ehem2)

masjid an nur bt 8 ulu kinta

ramai gak yang hadir pada malam tu…

1malaysia

tapi ramai lagi yang hadir semasa perasmian rasmi 1malaysia di stadium indera mulia ituhari…

masjid an nur bt 8 ulu kinta 1

memang mengikut ustaz tu…. kalau nak dibandingkan kehadiran sambutan tahun baru masihi…. punya le ramai orang2 melayu islam yang terkinja2 melompat2 celebrate dengan penuh perasaan gumbira amat sangat… ini jauh berbeza dengan sambutan maal hijrah….. masih ramai tak tau betapa besarnya makna hijrah…tahun baru islam!!

banyak tul ilmu yang aku dapat malam tu….. antaranya, umur rasullullah masa first terima wahyu ketika berumur 40tahun 3 bulan 8 hari kalau ngikut kalendar islam…kalau ikut kalendar masehi… umur tu dah jadi 39 tahun 6 bulan 8 hari… ini bermakna umur kita la nie sebenornya tak tepat…. kita tua beberapa bulan…. jadi itu bermakna rebutlah peluang beribadat ketika kita masih lagi diberi keizinan untuk hidup…. (tersedor aku jap)

hampir 2 jam ceramah tu…. aku macam biasa mesti kena cari dinding untuk bersandar… maklumlea… udah tetua nie…. beteh dan peha cepat benor kebehnya…

lepas abih ceramah…. aku ngan ejan gi ipoh ke gerbang malam….

banyak info lagi di sini : klik2

Aksi remaja 14 tahun terbongkar

KUALA LIPIS: Lakonan ‘terlampau’ seorang pelajar berusia 14 tahun melakukan hubungan seks dengan lima lelaki terbongkar apabila ahli keluarganya melihat aksinya yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya.

Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah di sini, dilihat melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an secara bergilir-gilir.

Perbuatannya diketahui ahli keluarganya selepas seorang daripadanya memeriksa fail gambar dalam telefon bimbit gadis berkenaan.

baca lagi

lmao… lemau tul bebudak zaman sekarang…. bukan threesome tapi udah berlima….. umor baru 14 tapi xperience ngalahkan orang lain!! ni yang takmo dengor di kala malaysia menjadi 1…..

mengapa ye terjadi camni? bebudak sekarang dah tak tau nilai benda bernilai yang dema ada…..