Posts Tagged ‘Altantuya’

Keputusan kes bunuh Altantuya 9 April

SHAH ALAM: Nasib dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang didakwa membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bakal diketahui 9 April depan.Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin hari ini membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pihak pembelaan di akhir kes pembelaan selama dua hari.Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu. Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi manakala Sirul Azhar membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh. Tiada saksi lain yang dipanggil.

Azilah dan Sirul Azhar didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006. – Bernama

harian metro

bila la nak settle hal ni?

Saudagarhpa.com- Perniagaan itu sunnah