Posts Tagged ‘prepaidboss’

picture of the month

gambor bunga raya aku telah dipilih sebagai picture of the month.

agaknya orang putih gemor bunga raya kot…..

gambar seperti di bawah…..

hibiscus gambar ni aku snap  masa tengah nunggu orang umah balik keje……bukan dapat hadiah apa2…. tapinya, ada beribu gambor bunga raya satu dunia hantar, tapi dema pilih gambor aku…. huhu…. kena belajor banyak lagi pasal potogerapi!!

ini dia link ke group flickr! tengok sini!!

Mengapakah Stadium Sultan Mizan, Terengganu runtuh?

Ada pelbagai teori dan versi yang diutarakan. tidak kurang juga dengan siasatan yang dijalankan oleh pihak berwajib.. akan tetapi di bawah ini ialah yang paling menarik perhatian aku…
Menurut Sumber Risikan CIA Stadium tersebut telah sengaja diruntuhkan oleh raksasa yang tidak berpuas hati dengan Ultromen kerana Ultromen telah mengadakan perhimpunan haram tanpa permit….. Yang paling membuatkan raksasa tersebut marah dan bengang adalah disebabkan oleh semua Ultromen tersebut telah memakai kostum pakaian dan warna pakaian yang sama .

Berikut adalah gambar yang telah dirakamkan semasa perhimpunan haram diadakan….

perhimpunan agung persatuan ultraman sedunia

perhimpunan agung persatuan ultraman sedunia


Oleh kerana ke engganan para Ultromen bersurai maka raksasa telah mengambil tindakan yang bagi pihak beliau adalah betul mengikut perlembagaan yang telah digubal… Xperlu g bersidang …. hentam dulu bicara kemudian…
ultraman di tibai

ultraman di tibai


indakan ini perlu dilakukan untuk meyuraikan perhimpunan haram tersebut.. Gambar ini telah dirakamkan semasa kejadian tersebut sedang berlaku.
bertekak pasai ayam dan telor...

bertekak pasai ayam dan telor...


Di suatu sudut yang tersorok, jurukamera telah berjaya menangkap gambar prepaidboss dan djaggat sedang bertekak mengenai ayam atau telor, yang mana keluar dulu?

skpz pengakap kanak-kanak

skpz pengakap kanak-kanak

skpz pengakap kanak-kanak, originally uploaded by Kulop Ludin.

esok sekali lagi perkhemahan pengakap akan diadakan di kuala woh…
perkhemahan 6 sekawan.

dua orang guru akan terlibat iaitu sir ibrahim dan sir hasril.
admin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan perkhemahan tersebut.

memang aktif team2 pengakap Batang Padang…..

antara orang kuatnya adalah seperti di bawah…

SKPZ PERKHEMAHAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2009 versi Djaggat

SKPZ PERKHEMAHAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2009 versi Djaggat

gambar yang disertakan di atas tu bukanlah gambar peserta perkhemahan nanti.. ianya sebagai gambar perhiasan…

skpz taklimat headcount bersama ‘penghulu skpz’

skpz taklimat headcount 4

skpz semalam dilawati oleh encik roslan mansur,pegawai dari PPD Batang Padang. Kehadiran beliau adalah untuk bersama2 mendengar taklimat headcount bagi murid2 Tahun Enam 2009. Encik Roslan juga adalah merupakan ‘penghulu’ bagi skpz… sistem ini telah dimulakan seawal tahun 1997 dan ianya didapati banyak memberikan impak positif dalam memantapkan halatuju sekolah-sekolah di Batang Padang.

skpz taklimat headcount

guru2 yang mengajar tahun enam hadirwajib di sesi taklimat ini.

skpz taklimat headcount 3

aku macam biasa…. siyes…….. siyes sangat! memang aku dah tekankan dolo… sabit time meeting jea… aku mesti siyes sebabnya banyak perkara lain yang perlu aku pikirkan lagi. salah sorang guru pun siyes gak, kat belakang aku tuh…

skpz taklimat headcount 5
penerangan sedang diberikan oleh salah seorang guru tahun enam yang dedikasi…. Puan Zakiah.. yup.. siyes situation..

skpz taklimat headcount 6
tahniah kepada sir sofwan atas taklimat yang diberikan… aku dah bgtau semua orang kampung… hang  memang best !!

restoren ayam herbal

tadi petang aku pegi makan satay kajang jualan bidor di restoran ayam herbal… area2 jalan ke mana ntah nak nyebutnya…

yang aku tau jalan nak ke masuk hway bidor…. apapon aku dah sesat ckit sebab masa aku kuor ikot hway bidor dari tapah… bebetoi lepas bayor tol rm2.. dpn sikit kat simpang, buta2 jea aku balas kanan….. padahal kedai dah depan mata…

restoran ayam herbal bidor

timakasih kepada sir dapi yang memberi panduan tunjuk arah terus aku parking dpn kedai itu…… ya… satay ciken… iyolah.. kalau dah namanya satay ciken takkan jadi satay itik atau sebagainya… namun begitu aku dapati ada sedikit kelainan pada satay ciken dan daging kali ini…

bidor restaurant ayam herbal

apabila satay2 itu menyentuh bibir mulus ini… tak semena2 aku merasakan ada semacam satu perasan terbit dari dalam hati… terasa seolah2 aku sedang menikmati hidangan yang mak aku sajikan… peh… setiap lidiz aku habiskan satu persatu dan setiap kali itu juga perasaan terhadap kampung halaman meronta2 sampailah lidiz yang ke 10…. baru aku sedar satu cucuk satay tuh harganya 6 posen…. jadinya aku berpijak di bumi nyata semula…. so, kalau rasa2 memang lapor macam boleh habiskan sekor kuda…. nak makan satay ni sebagai main dish tak beberapa sesuai….

dan apakata kita cuba mee hailamnya….

restoran ayam herbal bidor

mee hailamnya, kuah power tul…. ada rasa2 mcm seasoning mee dan uniknya…. kita dapat merasakan seolah2 kita menikmati dua tiga jenis masakan mee dalam satu pinggan. campuran rasa yang telah diolah adun rapi…..kepada suami2 mithali, jangan sesekali bandingkan masakan orang umah kita dengan mee hailam nie… tak terjangkau pikiran mereka nanti…..

skpz sambutan majlis persaraan gurubesar ver 2 dan sambutan hari keluarga kelab guru

ya.. agak panjang tajuk post nie….. sememangnya begitulah… tadi malam ada sambutan yang macam kat atas tuh… atas inisiatif kelab guru skpz, kami adakan sambutan lagi…. ramai le staff skpz yang hadir bersama2 keluarga tercinta…..

oleh kerana majlis ini dijalankan pada waktu malam, jadinya aku takleh nak snap banyak gambar…ini bukan kerana kamera aku tu, ada alahan…tetapi kemahiran aku untuk menangkap imej malam agak kurang baik…. pada aku,sangat sukar untuk mendapatkan shot2 yang menarik… acapkali gambar yang terhasil kelihatan kabur dan kurang berkualiti..

ada beberapa keping sahaja yang berjaya aku tangkap…. lagipon ruang masa untuk aku menangkap gambar adalah sangat terhad kerana aku melakukan beberapa aktiviti2 persiapan untuk slot tayangan….

update slot tayangan malam tu….

oleh kerana ramai yang bizi ngunyah time slideshow aritu

aku dah upload sebahagian show tu ke youtube

free2, layan lea….


di bawah daptlah aku berkongsi2 sedikit gambar yang berjaya disnap!!

skpz majlis persaraan guru besar dan hari keluarga
ketibaan gurubesar bersama keluarga….

skpz majlis persaraan guru besar dan hari keluarga
kaunter pendaftaran yang gelap dan romantik!!

skpz majlis persaraan guru besar dan hari keluarga
sir rashid dan ayam2nya…..

skpz majlis persaraan guru besar dan hari keluarga
skpz majlis persaraan guru besar dan hari keluarga
aku bersama2 murid tahun 3!

skpz majlis persaraan guru besar dan hari keluarga
penampilan istimewa sir dapi julung2 kalinya semenjak bergelar kolej boy…
dan aku bersama sir sofwan…


skpz majlis persaraan guru besar dan hari keluarga..

dan aku menunggu gambar daripada lensa2 yang lain….. jika ada kesempatan… akan aku uploadkan..

menara condong teluk intan dan menara condong pisa

terdapat cerita yang menarik tentang kedua2 menara condong nie….

selain daripada gambar menara condong teluk intan yang sangat cantik (aku yang tangkap nie, hasil kreatif daripada trial and error) terdapat beberapa terbitan yang boleh dikongsi bersama…

teluk intan tower

inilah hasil daripada lensa photography aku…. jelas dan membiru! sungguh hebat bila aku berphotographi…

antara beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi…

Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki. Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar- betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan; bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. sumber : kayacipta

manakala penerangan di wiki pula adalah seperti ini…

Leaning Tower of Teluk Intan

One of the town attractions is a Leaning Tower erected in 1885 by a Chinese builder, Mr. Leong Choon Cheong. It started to tilt four years after its construction finished due to an underground stream. The tower had a clock at the top, and still rings every 15 minutes now. The clock tower was originally used as a water tower, supplying water to the town area, while also reporting the time to all townfolks. It had also served as a beacon to guide ships into Teluk Intan Port. Currently it is a local tourist attraction, and no longer stores water. The area around the tower was paved with bricks and became a plaza. The main street at the centre of Teluk Intan is also named after Mr. Leong Choon Cheong to commemorate his contribution. The name of the street is “Jalan Ah Cheong” (refer below for links to more information and pictures of the Leaning Tower). more

jadinya menara condong teluk intan asalnya banyak kegunaan… dan bukanlah dengan sengaja nak dicondongkan…..

manakala menara condong pisa di Italy pula adalah begini….

pisa tower

The Leaning Tower of Pisa (Italian: Torre pendente di Pisa) or simply The Tower of Pisa (La Torre di Pisa) is the campanile, or freestanding bell tower, of the cathedral of the Italian city of Pisa. It is situated behind the cathedral and is the third oldest structure in Pisa’s Cathedral Square (Piazza del Duomo) after the cathedral and the baptistry.

Although intended to stand vertically, the tower began leaning to the southeast soon after the onset of construction in 1173 due to a poorly laid foundation and loose substrate that has allowed the foundation to shift direction. The tower presently leans to the southwest.

The height of the tower is 55.86 m (183.27 ft) from the ground on the lowest side and 56.70 m (186.02 ft) on the highest side. The width of the walls at the base is 4.09 m (13.42 ft) and at the top 2.48 m (8.14 ft). Its weight is estimated at 14,500 metric tons (16,000 short tons). The tower has 296 or 294 steps; the seventh floor has two fewer steps on the north-facing staircase. The tower leaned at an angle of 5.5 degrees.[1][2][3], but after the restoration works between 1990 and 2001 the tower leans at an angle of 3.99 degrees.[4] This means that the top of the tower is 3.9 metres (12 ft 10 in) from where it would stand if the tower were perfectly vertical.[5] wiki source

apapun, kedua2 menara condong tu memang menarik dari segi kehalusan senibina….. tak dapat pegi ke itali, ke teluk intan pun ok juga….

yang benar,

Kulop Ludin

skpz 24jam sebelum Dday

sementara aku nonton CSI nie…. nak aku tambah lagi cete pasal persiapan kami meraikan persaraan mantan yang bakal berlaku esok.

memang sebok tul warga skpz…. masing2 ada je benda nak kena wat…. aku pon sibuk gak, buat2 sebok… hahaha…

skpz_persiapan_majlis_perpisahan_gurubesar_2009_21 ni guru2 lelaki, sir shukri memanjat… aku teringin nak manjat tapi apa kan daya…. ilmu yang ada cuma merangkak jea.. so, leave it to the pros….

skpz_persiapan_majlis_perpisahan_gurubesar_2009_16

skpz_persiapan_majlis_perpisahan_gurubesar_2009_5 guru2 pempuan pon sebok juga…. perhiasan pentas dan sebagainya dema yang buat!



skpz_persiapan_majlis_perpisahan_gurubesar_2009_6penuh warna warni.. aku kagum dengan cekgu2 skpz nie.. kreativiti unlimited betul…..

skpz persiapan_majlis perpisahan gurubesar 09 aku diapit oleh orang besor2 skpz…. aku semut kecil jea…. semut kecil yang cukop zat!!sedang memotong kek maya!!


skpz koko permainan (7)
dan petangnya, aktiviti kokurikulum, aku dan sir sofwan mengadakan perlawanan persahabatan diantara team sepak takraw menentang team bolasepak…. rancak juga perlawanan tersebut… banyak murid berpotensi untuk diketengahkan tahun hadapan.

skpz team sepak takraw vs team bolasepak 2009 (3)

skpz team sepak takraw vs team bolasepak 2009 (16)

begitulah keadaan di skpz sir dapi…. sebok manjang macam bursa saham!!  mike layan le belajor dolo yea…. kat sana pon bizi gak…. bizi bonar mata tu….

skpz spelling competition 2009

Pagi tadi(Subuh2 sekatak)  Panitia Bahasa Inggeris telah menganjurkan satu pertandingan spelling melibatkan tahap 2.

jadinya semua guru bahasa inggeris terlibat secara saksama manakala guru2 lain membantu juga.

aku telah dipilih sebagai perantara pertama. jadinya aku pun membaca skrip yang telah diberi oleh ketua panitia BI.

sebenarnya, aku dan mikropon bukanlah kawan yang baik dan aku terikat dengan pantang larang.

agak sukar untuk mempronunce perkataan yang diberi. secara tiba2, suara jadi tak klassik gitu…barulah aku sedar, aku telah melanggar pantang larang semasa aku berguru di gunung kabuputen. Tok guru aku telah menetapkan beberapa pantang larang demi untuk menjaga suara aku. Antaranya ialah…

1) jangan lalu bawah ampaian

2) takleh sarung baju (Tshirt) ikut kepala dulu (masuk ikut leher baju takleh,kena sarung dari bawah naik ke atas)

3) menggunakan sistem AV (audio visual) yang tak pasti asal usulnya.

jadi aku dah terlajak pantang nombor 3.  walobagaimanapon, acara pagi tersebut berjalan lancar..

Sir Sofwan puji dan ucapkan terima kasih atas kerjasama aku..aku pun jawab sama-sama sofwan.

seperti biasa if a picture is worth than thousand words, apatah lagi pictures di bawah nie….

skpz_persiapan_majlis_perpisahan_gurubesar_2009_7

skpz_spelling_competition_2009_16

skpz_spelling_competition_2009_11

skpz_spelling_competition_2009_17

skpz_spelling_competition_2009_8 perbincangan professional antara aku dan sir sofwan. kami berdua sering membincangkan aspek professionalism cumanya kami tak bagitau semua orang sebabnya perbincangan kami bukanlah bersifat forum perdana.

skpz_spelling_competition_2009_6salah seorang guru, juga berbincang secara pro yang mananya aku seolah2 berada di dimensi lain. Sungguh ilmiah!!

skpz_spelling_competition_2009_21 dan ini adalah slot gambar berbayar, mcm biasa, kalau nak gambar tersiar di laman ini, 2 bungkus nasik lemak beserta teh ais adalah sebagai pengeras. Pn Maznah dan Puan Elyana posing khas buat semua pembaca blog.

skpz_spelling_competition_2009

perantara kedua sedang membaca skrip.


dan yang paling aku terharu… bebudak lelaki, tak ramai berjaya spelling dengan baik, tetapi mereka tetap happy. sesukahati dema jea….

skpz_spelling_competition_2009_13

skpz_spelling_competition_2009_7

terimakasih kepada sir johari atas gambar2 yang cantik nie… merasa gak gambor aku ada dalam blog, asek2 gambor orang lain jea…. huhu

sejuk di skpz

redup suasana di SKPZ. langit mendung... bebudak ngan cikgu tersenyum menikmati  udara/cuaca yang nyaman.. Maklumlea dah berapa hari paneh terik.. berapa banyak ketiak dah basah... sekolah hari berjalan lancar, cuma yang datang ke sekolah adalah pegawai audit (kalau tak silap) mungkin sebab Tn Guru Besar nak bersara kot.... Apapun... harap2... SKPZ akan sentiasa sejuk..sesejuk mata memandang..

redup suasana di SKPZ. langit mendung... bebudak ngan cikgu tersenyum menikmati udara/cuaca yang nyaman.. Maklumlea dah berapa hari paneh terik.. berapa banyak ketiak dah basah... sekolah hari ini berjalan lancar, cuma yang datang ke sekolah adalah pegawai audit (kalau tak silap) mungkin sebab Tn Guru Besar nak bersara kot.... Apapun... harap2... SKPZ akan sentiasa sejuk..sesejuk mata memandang..