Archive for June 25th, 2009

baju cinta nenek

dah lama aku x post cerita dan berita terkini.almaklumlah, sebok dgn pelbagai hal dunia..so hari ini aku nak bagi satu cerita…tajuk cerita aku ialah baju cinta nenek…..

Pada suatu hari seorang nenek telah pergi menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang Jumaat. Setelah membunyikan loceng dan mengucapkan salam, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari bekerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang Jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”

Ladap

Dalam akhbar star isnin 22.6.09 ada menceritakan tentang beban guru yang terpaksa menghadiri kursus ladap yg diadakan pada hari sabtu… Nutp dah terima banyak aduan mengenai perkara2 nie…
Ada sesetengah sekolah, hari sabtu diisi dengan pelbagai program2…pendek kata, hari sabtu dah tak ada masa rehat… *Harap2 pihak sekolah tersebut dapat memahami emosi para bawahan mereka.

22062009714